Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hasrat Ke Masjid Tidak Kesampaian, Jurutera Maut Langgar Babi

Seorang jurutera maut dalam insiden tragis apabila diserang seekor babi hutan selepas motosikal ditungganginya merempuh haiwan tersebut di hadapan Masjid Bukit Berangan, di sini, pagi semalam.

Menurut laporan Kosmo,! dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Azhar Yusof, 48, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Berangan.

babi

Foto: Kosmo!

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, motosikal jenis Yamaha Ego Gear yang ditunggang mangsa gagal mengelak lalu melanggar babi hutan yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Artikel lain: Tular Video Myvi Dikelilingi Sekumpulan Penunggang Motosikal, Polis Buat Siasatan

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya. Haiwan berkenaan yang dipercayai turut cedera kemudian bertindak agresif dengan menyerang mangsa.
“Selepas itu, babi hutan tersebut dilaporkan melarikan diri ke arah kawasan semak berhampiran,” katanya.

Azli berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

babi

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian,” ujarnya.

Sementara itu, penduduk setempat mendakwa kawasan berkenaan memang sering menjadi laluan haiwan liar, terutama pada awal pagi dan lewat malam. Kejadian tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan pengguna jalan raya.

Polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berisiko terutama waktu gelap, selain meningkatkan kesedaran terhadap ancaman haiwan liar yang boleh mendatangkan bahaya.

Sumber: Kosmo! (Nursyasya Nadhirah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd