Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jururawat Singapura Bakal Terima Bonus Sehingga RM350,000, Elak Ramai Berhenti Kerja

Bagi mengelakkan ramai jururawat berhenti kerja, kerajaan Singapura memperkenalkan insentif dengan menawarkan bonus sehingga RM350,000 seorang kepada kakitangan kesihatan tersebut.

Memetik laporan Media Corp Singapura, pemberian bonus tersebut adalah sebagai salah satu usaha mengekalkan jururawat bagi jangka panjang di negara berkenaan di bawah satu skim baharu.

Berita gembira berkenaan diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung baru-baru ini.

bonus jururawat Singapura

Artikel lain: Kerajaan Umum Bayaran Insentif Awal RM2,000 Untuk Penjawat Awam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berharap skim tersebut bukan sahaja dapat mengekalkan tenaga kerja, malah menarik lebih ramai lagi orang menceburi kerjaya jururawat.

“Tujuan skim-skim mengekalkan pekerja adalah untuk mengiktiraf komitmen para pegawai yang sudah bertahun-tahun berkhidmat dan membina kerjaya dalam khidmat masing-masing.
“Skim-skim mengekalkan pekerja juga akur bahawa atas sebab-sebab penting berhubung peribadi dan keluarga, para pegawai mungkin merancang untuk meninggalkan kerjaya. Mereka melakukan demikian demi mendirikan rumah tangga, melanjutkan pengajian, menjaga ibu bapa yang uzur atau ingin memanfaatkan peluang baharu,”katanya.

Difahamkan, seramai 29,000 jururawat yang berkhidmat di Singapura bakal meraih manfaat skim ANGEL itu bermula bulan September ini.

Di bawah skim itu, semua jururawat baharu dan yang dalam perkhidmatan berumur di bawah 46 tahun akan menerima bayaran setiap empat hingga enam tahun.

Setiap bayaran yang dibuat pula melibatkan nilai sebanyak sebanyak $20,000 (RM71,000) hingga $30,000 (RM107,000).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bayaran maksimum yang boleh diterima oleh setiap jururawat di bawah skim itu sepanjang kerjaya mereka dijangka berjumlah $100,000 (RM356,000).

Sementara itu, jururawat asing yang berkhidmat di negara itu dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun juga layak menerima bonus tersebut.

Para jururawat kanan yang berusia lebih 46 tahun dan mempunyai baki tempoh berkhidmat yang lebih pendek akan menerima bayaran sekali saja.

Mereka akan menerima bayaran sebanyak $5,000 (RM17,000) hingga $15,000 (RM53,000), jika masih kekal berkhidmat selama lima tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas itu, mereka juga akan mendapat bayaran khas itu setiap tiga tahun sehinggalah jumlah itu mencapai nilai maksimum sebanyak $100,000.

Sumber: Mediacorp 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd