Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jualan Diesel Di Sempadan Menurun 40 Peratus – Amir Hamzah

Kerajaan merekodkan jualan diesel di kawasan sempadan dilapor menurun sehingga 40 peratus sejak penyasaran subsidi dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Jun lalu.

Menurut satu laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penurunan jualan diesel tersebut menunjukkan wujud aktiviti penyeludupan bahan api ke negara sempadan sebelum ini.

Foto: Bernama

“Buat masa ini, badan-badan penguat kuasa giat bekerjasama dan mengatur gerak pelbagai operasi bagi membendung aktiviti penyeludupan dan juga sebarang unsur yang menjejaskan kestabilan bekalan barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran,” katanya pada Isnin.

Beliau juga berkata, jualan runcit diesel di stesen minyak turut mencatatkan menurunan hampir lapan juta liter sehari, bersamaan 30 peratus pada minggu pertama sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diumumkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi tempoh yang sama, jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak empat juta liter sehari yang memberi isyarat bahawa sebahagian penggunaan diesel runcit bersubsidi selama ini telah digunakan oleh sektor industri yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran.

Foto: headtopics.com

“Ini bermakna, trend peningkatan jualan diesel komersial menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi telah berkurang,” ujar beliau.

Sebelum ini, Amir Hamzah memaklumkan bahawa 73,000 syarikat melibatkan 223,000 kenderaan pengangkutan barangan darat telah diluluskan untuk menikmati diesel pada harga RM2.15 seliter dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 129,000 fleet card telah dikeluarkan oleh syarikat minyak setakat 20 Jun lalu.

Sumber: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd