Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jawatankuasa Penyelarasan Antara PETRA Dan Kerajaan Sarawak Diwujudkan

Sebuah jawatankuasa penyelarasan antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan Kerajaan Negeri Sarawak akan diwujudkan.

Jawatankuasa ini akan memastikan program dan projek dapat dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi faedah buat rakyat Sarawak dan Negara.

Perkara ini telah dipersetujui dalam sebuah mesyuarat antara PETRA dan Kerajaan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai wakil Kerajaan Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Fadillah yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah Sarawak turut mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandaraya Kuching di Jabatan Pengairan Negeri Sarawak.

Beliau telah diberi taklimat berhubung rekabentuk RTB Bandaraya Kuching sebelum projek dilaksanakan agar manfaat projek dapat disasarkan kepada masyarakat tepat dan berkesan.

Seterusnya, Fadillah ke Wisma Persekutuan Kuching untuk mendengar taklimat mengenai projek-projek Sarawak oleh agensi pelaksana projek-projek Kerajaan Persekutuan di Sarawak.

Artikel lain: KPM Perkenal Program Intervensi Kurikulum Beri Tumpuan Penguasaan Literasi, Numerasi Dan Pembentukan Karakter

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 46 projek diluluskan di bawah sektor air di Sarawak menerusi PETRA, iaitu 33 projek sambungan dan 13 projek baharu dengan kos sebanyak RM6.01 bilion.

Dalam pada itu, jumlah yang telah diluluskan bagi pelaksanaan 2024 adalah sebanyak RM298 juta.

Jawatankuasa penyelarasan antara PETRA dan Kerajaan Sarawak diwujudkan

Projek-projek yang diluluskan ini merangkumi perlindungan banjir dan banjir pantai, hakisan pantai, pemuliharaan muara dan kajian pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management – IRBM).

Selain itu, pembangunan loji rawatan kumbahan, loji rawatan enapcemar, pembangunan sistem pembentungan dan menaik taraf loji rawatan air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dalam memastikan kelestarian dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan untuk menjamin impak yang maksimum kepada rakyat Sarawak.

Pemantauan yang komprehensif dan berterusan merupakan kunci utama kepada pembangunan negara yang seimbang seperti mana yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Gagasan berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd