Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Isytihar GISBH Ajaran Sesat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) didapati mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata fatwa ini diambil setelah menerima bukti-bukti yang meyakinkan bahawa organisasi tersebut menyebarkan ajaran sesat dan merupakan kesinambungan daripada Al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

“Setelah jawatankuasa berbincang maka perkara berikut diputuskan bahawa kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd yang mengkultuskan pemimpin mereka atau tokoh agama yang mereka percaya sehingga melampaui batasan ke tahap seakan menyamakan kedudukan pemimpin atau tokoh agama setaraf Nabi SAW atau mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara yang ghaib seakan Tuhan adalah fahaman yang bersifat batiniyyah, menyeleweng dan sesat.
“Kesan dan akibat daripada pengkultusan itu melahirkan ketaksuban yang melampau sehingga mentaati pemimpin atau golongan agama sekalipun jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Pegangan kumpulan GISB Holdings Sdn. Bhd. yang mengkultuskan pemimpin mereka atau tokoh-tokoh agama yang mereka percaya sehingga melampaui batasan ke tahap seakan menyamakan kedudukan pemimpin atau tokoh agama setaraf Nabi SAW atau mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara yang ghaib seakan Tuhan adalah fahaman yang bersifat batiniyyah, menyeleweng dan sesat,” tulisnya.

Beliau memaklumkan ajaran tersebut mencetuskan ketaksuban yang melampau, di mana pengikut sanggup mematuhi arahan pemimpin meskipun bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

“Malah, mereka juga dilihat mengambil keberkatan secara melampau dari sisa tubuh badan pemimpin mereka dan mengaitkan pemimpin mereka yang dikultuskan dengan unsur yang dapat menjustifikasikan tindakan mereka yang salah dengan menggunakan nama Imam Mahdi, jelmaan Rasulullah, karamah wali, keberkatan dan seumpamanya.
“Mereka juga mempercayai pemimpin mereka yang sudah mati sebenarnya masih hidup dan masih dapat memberi panduan kepada mereka.
“Malah, mereka mewujudkan hukum hakam syarak yang baharu untuk menjustifikasi aktiviti mereka yang bercanggah dengan syarak hukum hakam solat, pernikahan (munakahat) dan juga muamalat,” katanya.

Model ekonomi yang diamalkan oleh GISB didapati tidak selari dengan prinsip ekonomi Islam, mengandungi unsur penindasan dan eksploitasi terhadap ahli, wanita, dan kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Mohd Asri turut memberitahu peruntukan zakat di bawah fi sabilillah, ar-riqab dan fakir miskin boleh digunakan untuk tujuan ini.

“Sekolah yang mempunyai manhaj pengajian Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar hendaklah membantu mengambil anak bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd ini untuk diberikan pendidikan yang sepatutnya.
“Badan swasta juga boleh membantu untuk memberi peluang pekerjaan supaya mereka dapat hidup seperti masyarakat Islam yang lain dan masyarakat Islam seluruhnya hendaklah ambil sikap positif dalam usaha membantu bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd untuk keluar dari belenggu kesesatan ini,” katanya.

Masyarakat Islam diingatkan untuk mengambil sikap positif dalam membantu bekas ahli GISB agar tidak kembali kepada ajaran sesat, sementara semua pihak perlu memantau perkembangan ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Sumber: Facebook Dr Rozaimi Ramle

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd