Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jabatan Perikanan Beri Banduan Peluang Bekerja Sebagai Kru Vesel Laut Dalam

Jabatan Perikanan mempelawa pemain industri perikanan untuk mengambil dan beri banduan yang sedang menjalani Sistem Parol, termasuk yang menerima Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) peluang bekerja sebagai kru vesel (bot atau kapal) laut dalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata pihaknya mengadakan perjanjian dengan Jabatan Penjara Malaysia berkaitan tenaga kerja banduan dalam sektor perikanan.

Jabatan Perikanan beri banduan peluang bekerja

Jabatan Perikanan Beri Banduan Peluang Bekerja

Foto: Bernama

Menurut Adnan, usaha menjadikan golongan banduan sebagai kru vessel laut dalam dilakukan bagi menampung kekurangan kru tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, berdasarkan rekod jabatan tahun lalu, lebih 25,000 kru vessel laut dalam seluruh negara terdiri daripada warga asing dari Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Artikel lain: Tanah Jerlus: Datuk Bandar Nafi Dakwaan Kuala Lumpur Bandar Tidak Selamat

Pada masa yang sama, Adnan berkata, 18,000 orang daripada kru itu berada di Semenanjung dan bekerja dengan beberapa syarikat.

“Sudah lama sektor perikanan laut dalam negara kekurangan kru tempatan, kekurangan itu terpaksa diisi oleh kru warga asing yang hadir hampir setiap tahun ke negara ini.
“Vesel laut dalam Zon C, C2 dan C3 dalam satu masa memerlukan antara 15 hingga 30 kru atau awak-awak, kekurangan kru akan menimbulkan banyak masalah pada tekong dan pemilik vesel,” katanya.

Jabatan Perikanan Beri Banduan Peluang Bekerja

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 778 vesel laut dalam termasuk bot peranti pengumpul ikan di seluruh negara, dan hanya 450 sahaja yang aktif menjalankan aktiviti menangkap ikan di 100 hingga 200 batu nautika dari pantai.

Sumber: Berita Harian (Mohd Rafi Mamat)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd