Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tanah Jerlus: Datuk Bandar Nafi Dakwaan Kuala Lumpur Bandar Tidak Selamat

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif menjelaskan tiada bukti kukuh yang boleh menyokong dakwaan bandar Kuala Lumpur tidak selamat untuk diduduki seperti laporan yang ditularkan oleh media sosial.

Memetik laporan Bernama, Maimunah berkata Kuala Lumpur telah lama dibangunkan dan dakwaan bahawa ia tidak selamat untuk pembangunan perlu disertakan dengan bukti dan kajian yang kukuh.

Datuk Bandar nafi Kuala Lumpur bandar tidak selamat

Kuala Lumpur Bandar Tidak Selamat

Foto: Sinar Harian

“Saya berpendapat Kuala Lumpur telah lama dibina dan selama ini ia selamat. Oleh itu, kalau nak katakan tidak selamat mesti ada bukti kukuh dan kajian terperinci.
“Berikutan itu, kami telah wujudkan pasukan petugas termasuk Jabatan Geologi dan Jabatan Kerja Raya untuk melihat serta kaji keadaan ini.
“Namun kalau dilihat daripada keadaan semasa Kuala Lumpur masih selamat kecuali ada bukti kajian,” katanya dalam satu sidang media di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur pada Ahad.

Tambahnya, Pasukan itu terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah diaktifkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pahang Ke Arah Negeri Maju, Berpendapatan Tinggi

Menurut Maimunah, hasil mesyuarat penyelerasan bersama pelbagai agensi yang berkaitan, beliau memberi jaminan situasi sekitar Jalan Masjid India dan Kuala Lumpur amnya adalah terkawal serta selamat untuk dikunjungi.

Kuala Lumpur Bandar Tidak Selamat

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, tular satu tangkap layar hantaran seorang aktiviti pada sekitar 2015 yang dimuat naik semula ke media sosial yang mendakwa tempat paling tidak selamat di Malaysia adalah Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut aktivitis itu, Kuala Lumpur menghadapi risiko untuk mengalami ‘giant sinkhole’ pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang amaran.

Hantaran itu juga menyebut 40 hingga 60 peratus dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur dan pembangunan tanpa henti dengan sistem saliran yang tidak tersusun boleh menyebabkan kejadian itu lebih cepat berlaku.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd