Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu Pelaksanaan Polisi Kutipan Hutang, UM Bantu Pelajar Tangani Masalah Berkaitan Yuran

Universiti Malaya (UM) mengambil maklum menegenai isu pelaksanaan Polisi Kutipan Hutang Pelajar atau ‘Zero Balance Policy’ yang dibangkitkan oleh Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KKUM), baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, UM memaklumkan Polisi Kutipan Hutang Pelajar itu telah dilaksanakan dua tahun lalu dan dibuat berdasarkan beberapa ketetapan.

UM berkata, pelajar yang berhutang di bawah tajaan dibenarkan untuk mendaftar semester berkenaan namun perlu memastikan pihak penaja membuat penyelesaian hutang tersebut.

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak UM juga mendapati hanya kurang dari empat peratus pelajar yang berkemungkinan terkesan kerana tidak mengemaskini status penajaan atau benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

“Bahagian Hal-Ehwal Pelajar (BHEP) akan menyelaras sebarang rayuan untuk permohonan bantuan kewangan tertakluk kepada kelayakan.
“Pelajar dalam kategori ini juga dibenarkan mendaftar dan perlu menyelesaikan baki yuran sebelum minggu ke-7 sesi akademik untuk Semester 1 2023/2024.
“Pentadbiran Universiti memberi jaminan bahawa semua permohonan dan rayuan yang diterima akan disemak dan diproses dengan kadar segera,” kata kenyataan tersebut semalam.

Untuk makluman, pihak universiti mengalami tren kenaikan penghutang pelajar sebanyak RM51.20 juta pada 30 Jun 2023 berbanding pada 31 Disember 2022 iaitu RM47.33 juta.

Namun begitu, pihak pengurusan yakin bahawa pelaksanaan polisi yang dilaksanakan tidak akan membebankan pelajar selain mampu membantu dalam menangani isu penghutang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Politik

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menitipkan doa dan ucapan terbaik buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd