Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Dakwaan Rasuah KFA : Sanusi Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu beliau sedia untuk beri kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Sanusi beranggapan penahanan empat individu lain hanyalah sebagai perhiasan semata-mata untuk mengada-adakan kes, menganiaya dan membina cerita tidak baik mengenai kerajaan di bawah pentadbirannya.

Sanusi sedia beri kerjasama

Artikel lain: Jatuhkan Kerajaan, Sanusi Akui PN Sentiasa Mencuba

“Menganiaya depa (mereka) tak boleh buat lagu tu, berdosa. Saya tak seiring dengan depa, semua itu aksesori saja, targetnya saya. Cari kes saya, berbulan-bulan cari tak jumpa, kebenaran hangpa dah jumpa… Sanusi tak ada kes.
“Tapi hangpa (mereka) ada-adakan juga, salah satunya mempamerkan persepsi bina naratif bahawa di Kedah ini rasuah banyak, bola sepak pun rasuah,” katanya.

Bukan itu sahaja, dakwaan tersebut telah membuatkan pihak yang mahu menyumbang kepada KFA berasa takut selepas persetujuan dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“KFA yang sedang menanggung beban hutang, menanggung pasukan futsal, pasukan Piala Presiden, Piala Belia, semua dah setuju nak sumbang kepada KFA, bila depa buat cerita ini orang jadi ‘serot’ (takut),” ujarnya lagi.

Jelasnya, tiada unsur penyelewengan berlaku dalam KFA bahkan, wang RM5 juta sememangnya dalam akaun badan terbabit, bukannya akaun peribadi.

“Saya sedia beri kerjasama 28 jam sehari. Datanglah bila pun, nak tanya apa? Mai (datang) saya nak jawab,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd