Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Bak Kut Teh: Menteri Pelancongan ‘Sekolahkan’ Ketua Pemuda Umno

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing ‘sekolahkanKetua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dengan memberi peringatan supaya tidak menjadi pembangkang atau kumpulan ekstremis.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Tiong di laman Facebooknya, dia meminta agar Akmal Saleh membuat rujukan kamus jika tidak memahami definisi berkaitan makanan bak kut teh yang dibangkitkan sebelum ini.

Menteri Pelancongan sekolahkan Ketua Pemuda Umno

Artikel lain: Ketua Pemuda Umno Desak Anwar Ibrahim Pecat Menteri Pelancongan

“Berkaitan sup bak kut teh, ‘bak’ merujuk kepada daging. Saya telah beberapa kali menekankan bahawa herba yang digunakan adalah halal. Jenis daging yang digunakan boleh tukar.
“Boleh tambahkan ayam, maka ia akan menjadi ‘chi kut teh’. Jika anda tambahkan makanan laut, ia menjadi ‘seafood kut teh’. Jika anda tambah kambing, ia menjadi ‘kambing kut teh’.
“Sebaliknya, (Dr Muhamad) Akmal banyak kali menyebut ‘babi bak kut teh’. Sedangkan, ‘bak’ membawa maksud daging secara umum, bukannya babi sahaja. Saya sarankan Dr Muhamad Akmal merujuk kamus jika tidak pasti definisinya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Tiong turut menitipkan nasihat kepada Akmal Saleh supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara kaum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini bukan kali pertama Ketua Pemuda UMNO, YB Dr. Muhamad Akmal Saleh memainkan isu perkauman atau agama.Ini bukan kali pertama Ketua Pemuda UMNO, YB Dr. Muhamad Akmal Saleh memainkan isu perkauman atau agama.
“Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling menghormati antara satu sama lain serta lebih. berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan, mengambil kira impaknya terhadap perpaduan dan ketenteraman negara.
“Tetapi isu seperti ini telah berulang kali dimainkan, yang dilihat seolah-olah hanya kerana memenuhi kepentingan politik peribadi. Tetapi isu seperti ini telah berulang kali dimainkan, yang dilihat seolah-olah hanya kerana memenuhi kepentingan politik peribadi,” katanya lagi.

Terdahulu, Akmal Saleh desak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pecat Menteri Pelancongan, Tiong King Sing susulan mengiktiraf makanan yang berasaskan babi iaitu bak kut teh sebagai makanan warisan negara.

Jelasnya, adalah lebih baik mengiktiraf makanan yang boleh dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama demi menjaga sensitiviti masing-masing.

Sumber: Facebook @Tiong King Sing

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd