Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Albert Tei Tetapkan Tiga Hari Untuk SPRM Serahkan Inventori Rampasan

Isteri kepada ahli perniagaan, Albert Tei, telah menetapkan tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerahkan inventori lengkap harta yang dirampas semasa penahanan suaminya Jumaat lalu.

 Isteri Albert Tei tetapkan masa tiga hari untuk SPRM

Menurut laporan Harian Metro, peguam keluarga, Rajesh Nagarajan, menjelaskan bahawa SPRM diminta menyerahkan senarai penuh barangan yang dirampas termasuk perihalan setiap item, nombor pengecam jika ada, serta maklumat pegawai yang melakukan rampasan seperti nama, pangkat dan nombor pegawai, berserta tarikh dan masa tindakan.

Albert Tei

Foto: Sinar Harian

Selain itu, tenpoh tiga hari yang sama turut diberikan kepada SPRM untuk memulangkan segera harta yang diperoleh semasa serbuan di kediaman keluargaa itu.

Artikel lain: Wanita Nafi Jadi Proksi Shamsul Iskandar, Dakwa Rakaman Albert Tei Fitnah Jahat

Menurut Rajesh, sekiranya tuntutan ini tidak dipatuhi, tindakan undang-undang akan diambil tanpa notis lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya SPRM gagal mematuhi permintaan ini dalam tempoh ditetapkan, kami akan memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah supaya senarai rampasan dikeluarkan.
“Semakan ini juga bertujuan mendapatkan perintah pemulangan harta yang ditahan secara tidak sah serta pengisytiharan bahawa prosedur yang dijalankan SPRM adalah tidak patuh dan bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.
Albert Tei

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, SPRM didakwa melakukan serbuan secara paksa di rumah Albert Tei sebelum menahannya dalam keadaan bergari pada awal pagi Jumaat lalu.

Menurut peguam Zaid Malek, serbuan tersebut dilakukan menggunakan waran geledah yang diserahkan kepada seorang lagi peguam keluarga, Mahajoth Singh.

Albert Tei

Foto: SInar Harian

Bagaimanapun, tiada kad kuasa ditunjukkan ketika diminta.

Selepas penahanan, Albert Tei dibawa ke mahkamah dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd