Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

ISTAF Cadang Malaysia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia Sepak Takraw 2026

ISTAF cadang Malaysia tuan rumah Piala Dunia

Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mengesyorkan Malaysia sebagai tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw 2026 bagi kategori lelaki dan wanita tanpa melalui proses pembidaan seperti biasa.

ISTAF cadang Malaysia tuan rumah Piala Dunia

ISTAF cadang Malaysia tuan rumah Piala Dunia

Foto: Utusan Malaysia

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan, cadangan itu dibuat setelah melihat keupayaan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah dalam menjalankan kejohanan bertaraf antarabangsa.

Beliau memberitahu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merupakan individu pertama menyuarakan perkara ini semasa Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 pada Mei sebelum mendapat sokongan padu daripada ISTAF.

“PSM telah menunjukkan kemampuannya dengan berjaya menganjurkan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dan Piala Asia 2025 dengan sokongan 70 pegawai teknikal dari 16 negara,” kata Abdul Halim di Facebook, hari ini.

Difahamkan, pengumuman itu dibuat susulan pemilihan semula Datuk Mohd Sumali Reduan sebagai Presiden PSM bagi penggal 2025-2028 dalam Mesyuarat Agung Tahunan PSM bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Halim turut mengucapkan tahniah atas pelantikan semula Mohd Sumali yang tentunya mampu memberikan satu sentuhan baru dalam menambah baik sepak takraw Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
ISTAF cadang Malaysia tuan rumah Piala Dunia

Foto; thesun.my

“Kepimpinan yang diperbaharui ini mencerminkan kestabilan, perpaduan serta visi yang jelas terhadap masa depan sepak takraw di Malaysia dan di peringkat global,” jelasnya.

Sumali juga turut menekankan kepentingan pembangunan akar umbi menerusi Program Pembangunan Sepaktakraw Kebangsaan (NSTDP) di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang melibatkan lebih 500 atlet muda dari 25 institusi di seluruh negara.

Artikel lain: “Tidak Tinggal Selawat, Allah Bantu Kemenangan Kami” – Skuad Sepak Takraw

Untuk info, sebanyak 36 jurulatih bertauliah telah dilatih dan ditempatkan secara profesional di semua pusat, memastikan bimbingan berkualiti dan pembangunan yang konsisten di seluruh negara.

Sumber: Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd