Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Ismail Sabri Cadang GST Diperkenal Semula

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula.

Ismail Sabri cadang GST diperkenal semula

Ismail Sabri Cadang GST Diperkenal Semula

Foto: Berita Harian 

Ismail Sabri berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata sistem cukai GST lebih cekap, telus dan adil berbanding sistem percukaian yang digunakan sekarang, cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, ketika GST dihapuskan pada tahun 2018, negara kehilangan kira-kira RM20 bilion sehingga RM30 bilion setahun akibat dari ‘black economy’.

Artikel berkaitan: Rakyat Tak Akan Terkesan Jika Pelaksanaan Semula GST 3-4 Peratus

‘Black economy’ ialah aktviti ekonomi yang tidak direkod dan tidak membayar cukai kepada kerajaan dan hal ini berlaku disebabkan pihak tidak membayar cukai tidak dipantau.

Selain itu, beliau juga mengulas mengenai cadangan kerajaan untuk menaikkan SST daripada 6.0 peratus kepada 8.0 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, walaupun kenaikan itu tidak melibatkan makanan dan minuman, ianya akan memberi kesan berantai kepada semua aspek yang mendorong kenaikan harga barang asas.

Ismail Sabri Cadang GST Diperkenal Semula

Foto: UMNO Online

“Ini kerana peniaga tidak akan menyerap kenaikan cukai dan kos pengeluaran mereka,” katanya.

Sistem SST digunakan di Malaysia sejak 1972, namun pada April 2015 sistem cukai itu diganti oleh GST, cukai penggunaan pelbagai peringkat pada kadar enam peratus.

Namun begitu, sistem tersebut ditukar semula kepada SST pada 1 September 2018 atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan baru baru ini, Kementerian Kewangan berkata pemilihan sistem cukai bergantung kepada ekonomi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ia juga bergantung kepada keupayaan pentadbiran dan keperluan untuk mencapai keseimbangan optimum antara menjana pendapatan dengan mengalakkan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.

Kementerian tersebut juga berkata pelaksanaan SST bercirikan skop lebih kecil merupakan strategi berhemat dalam cukai penggunaan kerana hanya dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan tertentu.

Manakala GST pula berpotensi menjana hasil yang lebih banyak dengan asas cukai yang lebih luas dan telus kepada pengguna.

Hal ini kerana cukai ditunjukkan dengan jelas dalam harga barangan dan perkhidmatan akhir, di samping mengurangkan saiz ekonomi bayangan, katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama 

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd