Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isham Jalil Dihubungi Polis, Terpalit Kes Siti Mastura

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mendedahkan beliau dihubungi polis  Bukit Aman berhubung dakwaan Ahli Parlimen (MP) Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad terhadap MP Bagan, Lim Guan Eng.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Isham, beliau berkata Siti Mastura telah menggunakan buku kecil kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) sebagai bahan rujukannya ketika mengeluarkan kenyataan mengenai Guan Eng.

Isham Jalil Dihubungi Polis

https://www.facebook.com/isham.abdjalil/videos/717142123325409

“Nampaknya Mastura kata dia dapat maklumat itu daripada satu risalah, bahan kempen BN,” katanya.

Isham berkata, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai namun risalah tersebut telah dikeluarkan sebelum PRU bermula.

“Dulu pasukan penerangan UMNO dan pasukan komunikasi BN berlainan dan saya tidak bertugas dalam pasukan komunikasi.

“Benda ini (pengeluaran risalah) berlaku mungkin sebelum PRU dan pada masa itu saya belum menjadi ketua penerangan UMNO,” katanya.

Selain itu, Isham juga berkata tidak mungkin BN mengeluarkan risalah seperti itu namun membiarkan perkara tersebut disiasat oleh pihak polis.

Artikel berkaitan: Dakwaan Fitnah Terhadap Guan Eng, Siti Mastura Selesai Beri Keterangan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tetapi saya tak rasa BN keluarkan risalah macam ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Isham menasihati Siti Mastura untuk memberikan kerjasama penuh dalam siasatan polis dan janganlah menuduh sesuka hati.

“Kepada YB Mastura, awak mungkin tersilap cakap, saya tak tahulah. Tapi jangan takut, bagi kerjasama dengan polis dan biar pihak polis siasat.

“Bagi tahu dari mana dapat maklumat tu, tapi kita janganlah tuduh-tuduh saya atau orang lain.
“Nasihat saya, sebelum membuat apa-apa kenyataan tu periksalah dulu,” jelasnya.

Terdahulu, Siti Mastura mendakwa Guan Eng dan Lim Kit Siang mempunyai hubungan persaudaraan dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Siti Mastura berkata demikian dalam satu program PAS di Kemaman pada 4 November lalu dan video ucapannya yang tular baru-baru ini.

MP Kepala Batas itu gagal mengemukakan bukti menyokong dakwaannya, oleh itu Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Sumber: Facebook Isham Jalil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd