Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dakwaan Fitnah Terhadap Guan Eng, Siti Mastura Selesai Beri Keterangan

Ahli Parlimen (MP) Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad selesai beri keterangan di Bukit Aman hari ini susulan dakwaan berbaur fitnah terhadap Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Siti Mastura mendakwa Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pada 4 Oktober lalu.

Foto: Kosmo! Online

Memetik laporan Kosmo! Online, peguam Siti Mastura iaitu Ahmad Amzar Ahmad Mazlan berkata kepada media di hadapan Bukit Aman, pihaknya telah menjawab semua  soalan daripada polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pihaknya juga telah menyerahkan bahan rujukan dan ucapan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Saya percaya pihak polis akan buat siasatan lanjut dan sekiranya perlu, kita akan bantu siasatan sehingga selesai sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya.

Siti Mastura bersama peguamnya keluar dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 12.30 tengah hari selepas memberikan keterangan kepada Unis Siasatan Jenayah terkelas selama hampir sejam.

Siti Mastura selesai beri keterangan

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, Siti Mastura berkata beliau akan disiasat berikutan isu yang menyentuh kaum, agama dan institusi dirasa (3R).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel berkaitan: Guan Eng Ambil Tindakan Saman Terhadap Siti Mastura

Pada masa yang sama, Siti Mastura juga mempersoalkan status kes Guan Eng berkenaan perobohan tokong Buddha atau China sebelum ini.

“Kalau diikutkan isu saya ni berkaitan 3R. Jadi, saya tertanya-tanyalah berkenaan dengan isu YB Bagan yang juga sebelum ini ketika PRK Kedah bulan Julai lalu.
“Ia isu 3R juga, berkenaan dengan tokong dan juga kuil,” ujarnya.

Ahmad Amzar pula menambah, pihaknya telah menerima sebanyak empat tuntutan daripada Guan Eng, isterinya Betty Chew dan Lim Kit Siang.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita akan teliti dan tindakan susulan akan diambil. Pihak peguam akan teliti dahulu seterusnya akan pertimbangkan pilihan-pilihan yang ada.
“Pada masa yang sama, kita tidak akan tetap dengan bahan yang ada. Sama ada bahan relvev atau tidak, ia bergantung kepada pihak polis dan biar polis buat siasatan.
“Sekiranya ada apa-apa tindakan berlainan, kita akan teliti sama ada kenyataan perlu diubah, ditarik mahupun kita perlu lawan.
“Buat masa ini, tiada permohonan maaf, kenyataan akan diubah atau ditarik balik,” jelasnya.

Foto: Utusan Malaysia

Terdahulu, Guan Eng telah memulakan tindakan undang-undang selepas MP Kepala Batas tersebut gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaan Pengerusi DAP itu mempunyai hubungan keluarga dengan Chin Peng.

Sumbera: Kosmo! Online (Tuan Nurhidayah Tuan Ab. Ghani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada Khamis. Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua...

Politik

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoal cadangan ahli parlimen kerajaan untuk memecahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd