Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kembali Bergelar Isteri, Irish Bella Terima Masjid Sebagai Mas Kahwin

Artis terkenal Indonesia, Irish Bella telah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang usahawan yang berasal dari Aceh, Haldy Sabri selepas bercerai sembilan bulan lalu.

Foto: Instagram Irish Bella

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Irish menjelaskan keputusannya untuk berkahwin telah dibuat dengan tenang dan keyakinan dari Allah.

“Keputusan ini diambil dengan hati yang tenang, penuh doa, serta keyakinan akan petunjuk dari Allah. 
“Mungkin terlihat cepat di mata sebahagian orang, tapi hanya saya yang memahami sepenuhnya perjalanan hidup sayadan segala ujian yang telah saya lalui,” katanya.

Foto: Instagram Irish Bella

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktres berusia 28 tahun itu turut memberitahu dia menerima mas kahwin yang luar biasa iaitu sebuah masjid.

“Saya (wali) hakim, saya nikahkan saya kahwinkan seorang puteri bernam Yris Jetty Dirk de Beula bin Johan de Beula kepadamu dengan mas kahwin satu buah masjid dibayar tunai.” ujar wali hakim.

Foto: Instagram Irish Bella

Artikel lain: Baim Wong Nafi Halang Anak-Anak Jumpa Ibu Kandung, Doa Penyebar Fitnah Diampunkan Dosa

Irish turut memberi kenyataan bahawa perjalanannya sebagai selebriti akan berjalan seperti biasa dan berharap karya yang dihasilkan selepas ini dapat memberi impak positif kepada peminat dan juga masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Insya-Allah, saya akan terus berkarya, menyumbang dan kekal hadir sebagai tokoh masyarakat dan boleh memberi pengaruh baik kepada umum.
“Semoga karya dihasilkan dapat membawa kebaikan dan manfaat kepada ramai orang. Terima kasih atas doa dan sokongan anda,” ujarnya.

Foto: Instagram Irish Bella

Untuk rekod, Irish pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pelakon Indonesia, Ammar Zoni pada 28 April 2019.

Bagaimanapun, mereka berpisah pada 1 Februari lalu dan memiliki dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

Sumber: Instagram Irish Bella

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd