Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baim Wong Nafi Halang Anak-Anak Jumpa Ibu Kandung, Doa Penyebar Fitnah Diampunkan Dosa

Pelakon Baim Wong nafi dakwaan dirinya menjauhkan dan halang anak-anaknya daripada jumpa dengan ibu kandung  mereka, Paula Verhoeven selepas pasangan itu bercerai.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon berusia 43 tahun itu berkata dakwaan itu adalah fitnah namun dia mendoakan agar pihak-pihak yang menyebarkan perkara itu diampunkan.

Baim Wong nafi halang anak-anak jumpa ibu kandung

Baim Wong Nafi Halang Anak Jumpa Ibu

“Yang cakap saya nak ambil dan jauhkan anak-anak saya daripada ibu mereka, itu semua bohong. Yang timbulkan dan sebarkan fitnah itu, semoga dosanya diampunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Baim menegaskan dia tidak akan pernah menghalang anak-anak untuk bertemu Paula atau menghalang ibu kandung mereka dari bertemu anak-anak.

Katanya, dia sentiasa mengajar anakya untuk menyayangi ibu anak-anaknya disamping seringkali menceritakan kebaikan-kebaikan Paula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Hanni NewJeans Idol Pertama Bersuara Di Parlimen, Dakwa Syarikat Tindas Kejayaan

“Saya tak pernah halang anak-anak sayan untuk bertemu dengan ibu mereka dan juga tidak menghalang Paula untuk bertemu anak-anak.
“Setiap waktu saya ajar anak-anak untuk menyayangi ibu mereka dan kata-kata positif juga saya selalu sampaikan mengenai ibu mereka,” ujarnya.

Baim Wong Nafi Halang Anak Jumpa Ibu

Pada masa yang sama, Baim menjelaskan dia sudah memaksa anak-anaknya untuk bertemu dengan Paula namun anaknya sendiri yang tidak mahu berjumpa.

“Saya kadang-kadang paksa anak-anak untuk bertemu dengan ibu mereka, tapi anak-anak tetap juga tak nak. Saya selalu cakap ke ibu mereka untuk sentiasa sabar, takut kalau saya paksa lagi dorang tak nak jumpa,” jelasnya.

Baim turut berkata dia terpaksa menjelaskan perkara tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang salah faham mengenai cara dia mendidik anak-anaknya.

“Maaf saya perlu bersuara mengenai perkara ini kerana ini berkaitan dengan cara saya mendidik anak saya supaya tidak salah faham. Sesalah-salahnya saya sebagai suami, saya tak nak salah untuk menjadi orang tua,” luahnya.

Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano dan Kenzo namun pasangan itu sah bercerai pada 9 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Baim Wong

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd