Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Tunggal Simpan 100 Bahan Termasuk Video Tak Senonoh Dalam Telefon

Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan hari ini selepas mengaku memiliki kira-kira 100 bahan pornografi termasuk video lucah di dalam telefon bimbitnya minggu lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, Siti Munirah Muhamad, 32, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Foto: Kosmo! Online

Mengikut pertuduhan, pembantu kantin itu memiliki telefon bimbit jenis Realme 9 yang mengandungi pelbagai rakaman video lucah di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga kira-kira jam 8 malam pada 6 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.

Norizaidah memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja memandangkan tertuduh seorang ibu tunggal dengan pendapatan RM35 sehari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tertuduh mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun. Dia juga sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu untuk memberi teladan baik kepada anaknya,” katanya.

Foto: Utusan

Sementara itu, Muhammad Aiman memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar, dan tertuduh telah membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dijalankan oleh pasukan polis Cawangan D11 (Seksual/Cyber) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama beberapa unit lain di rumah tertuduh hasil maklumat daripada Op Cyber Guardian.

Sumber: Kosmo! Online (Torek Sulong)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd