Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Daripada Pandangan Ibu, Bayi 15 Bulan Ditemukan Lemas Dalam Paya

Seorang bayi lelaki berusia 15 bulan meninggal dunia apabila lemas selepas terjatuh ke dalam paya di Simpang Empat Salam di sini, jam 12.15 tengah hari tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, ibu mangsa iaitu Nabihah Che Muda, 21, memberitahu dia membawa anaknya, Firdaus Mohd Faisal ke kedai milik saudara kerana mahu membantu membasuh kedai selepas dilanda banjir.

Pun begitu, kelibat Firdaus hilang secara tiba-tiba membuatkan Nabihah bergegas mencari bayinya itu di kawasan sekeliling sebelum ternampak tangan anaknya terkapai-kapai di dalam air.

Bayi 15 bulan lemas

Artikel lain: Sengaja Biarkan Adik Lemas Di Kolam? Abang Tiri Ditahan Sebagai Suspek

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya cuba membantu dengan menghulurkan tangan untuk menarik anak saya namun dia mula tenggelam dan hilang. Saya kemudian memanggil sepupu untuk membantu, namun kami tidak berjaya.
“Saudara saya kemudian segera menelefon pihak bomba untuk meminta bantuan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, suaminya sudah berada di Bangkok, Thailand selama dua hari kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, Nabihah reda dengan apa yang berlaku dan meluahkan rasa syukur operasi mencari jasad satu-satunya cahaya matanya itu dipermudahkan.

“Selepas dua jam, jasad anak saya ditemukan, saya reda namun masih dalam keadaan terkejut.
“Luluh hati saya melihat sekujur tubuh anak yang sudah lagi tidak bernyawa, tambahan pula Firdaus adalah satu-satunya cahaya mata yang saya ada,” katanya yang juga warga Thailand.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa, memaklumkan mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar paya.

“Bomba mengambil masa selama dua jam untuk menemui masa susulan kawasan dipenuhi rumput tebal dan sampah sarap selain paras air yang tinggi selepas kawasan berkenaan dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM),” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd