Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Harga Minyak Rekod Penurunan, Didorong Rundingan Nuklear AS-Iran

Harga minyak dunia catat penurunan

Harga minyak global turun merosot pada awal dagangan hari ini hampir AS$1 rentetan jangkaan perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Harga minyak dunia catat penurunan

Harga minyak dunia catat penurunan

Foto: Astro Awani

Memetik laporan Reuters, inventori minyak mentah bagi AS menunjukkan peningkatan dan perkara tersebut membawa kepada masalah lebihan bekalan.

Selain itu, niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut 88 sen atau 1.3 peratus kepada AS$65.21 setong.

Minyak mentah bagi West Texas Intermediate (WTI) pula mencatatkan penurunan sebanyak 92 sen atau 1.5 peratus kepada AS$62.23 setong.

Susulan daripada itu, kedua-dua penanda aras tersebut juga merekodkan penurunan sekitar 0.8 peratus pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, Iran memaklumkan bahawa mereka telah bersedia untuk mencapai kata sepakat bersama AS untuk menamatkan sekatan ekonomi dalam satu temu bual yang telah disiarkan kelmarin.

“Penjualan baharu bakal dipacu oleh jangkaan perjanjian nuklear AS-Iran akan melonggarkan sekatan AS ke atas Iran yang baru-baru ini diperketatkan, berpotensi melonggarkan keseimbangan permintaan penawaran minyak mentah global,” kata ahli ekonomi Nomura Securities, Yuki Takashima.
Harga minyak dunia catat penurunan

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Washington pula telah mengumumkan sekatan terhadap usaha Iran untuk mengeluarkan komponen peluru berpandu balistik di dalam negara, kata Jabatan Perbendaharaan AS, susulan sekatan yang diumumkan pada Selasa lalu ke atas kira-kira 20 syarikat menerusi rangkaian yang dipercayai menghantar minyak Iran ke China sejak sekian lama.

Langkah sekatan ini diambil setelah rundingan keempat antara AS dan Iran di Oman dijalankan dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung program nuklear Iran.

Artikel lain: PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak Terkuat Di Dunia, Tempat Ke-10 Minyak Paling Bernilai

Bukan itu sahaja, menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) memperlihatkan stok minyak mentah AS bertambah sebanyak 3.5 juta tong kepada 441.8 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 9 Mei, berbanding jangkaan penurunan sebanyak 1.1 juta tong mengikut pemerhatian Reuters.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, data yang diterima daripada Institut Petroleum Amerika (API) dikeluarkan pada Selasa lalu juga menunjukkan pertambahan besar sebanyak 4.3 juta tong dalam stok minyak mentah sepanjang minggu lalu.

Sumber: Reuters

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd