Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harapan Tidak Kesampaian, Tze Liang Gagal Peroleh Slot Tambahan Ke Olimpik Paris

Harapan penerjun kebangsaan, Ooi Tze Liang tidak kesampaian apabila kem terjun negara gagal memperoleh slot tambahan daripada Akuatik Dunia untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas memaklumkan perkara tersebut setelah pihaknya mendapatkan pengesahan berhubung slot terbabit dengan Akuatik Dunia.

Foto: Bernama

“Kami tidak dapat sebarang e-mel daripada Akuatik Dunia dan mereka sudah mengesahkan tiada slot tambahan untuk penerjun berusia 30 tahun itu.
“Jadi dengan ketiadaan Ooi Tze Liang kita hanya ada dua penerjun sahaja yang akan beraksi di pentas Olimpik,” katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, menerusi lebihan slot yang tidak digunakan atlet lain, penerjun wanita negara iaitu Nur Dhabitah Sabri telah berjaya mengesahkan penyertaannya ke temasya sukan terbabit.

Foto: Harimau Malaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, seorang lagi penerjun muda negara, Bertrand Rhodict Lises turut bertanding di pentas Olimpik Paris 2024 sekali gus menjadi atlet pertama negara yang layak ke temasya sukan itu selepas menduduki tempat ke-10 acara 10 meter platform individu lelaki dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lalu.

Sumber: Bernama

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd