Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hakim Bengang, Terpaksa Tunggu Siti Bainun Hadir Mahkamah

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini meluahkan rasa kecewa dan bengang selepas pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dan peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf tidak berada di mahkamah mengikut ketetapan masa.

Menurut Hakim Izralizam Sanusi, beliay sudah menetapkan prosiding kes bela diri terhadap tertuduh pada hari ini bermula jam 9.30 pagi, namun lain pula jadinya.

“Peguam bela di mana? Semalam saya sudah tetapkan jam 9.30 pagi, betul?
“Awak ingatkan sikit anak guam. Dia orang kena tuduh (OKT), mana ada hakim tunggu tertuduh datang,” katanya.

Semalam lambat, hari ini lambat. Alasan apa pula?

Izralizam berkata, tertuduh bukan sahaja lambat hadir ke mahkamah pada hari ini, sebaliknya hari ini juga sehingga membuatkan dia bertanya kepada pembantu peguam bela, Siti Zulaikha Zulaikha akan alasan anak guam mereka.

“Semalam lambat, hari ini lambat. Hari ini alasan apa?”ujar Izralizam.

Jawab Siti Zulaikha, anak guam mereka sudah tiba di mahkamah, namun keluar sebentar berkemungkinan ke tandas.

 “Dia (tertuduh) mungkin ke tandas. Dia sudah sampai, saya percaya dia sampai dengan kami,”jawab Siti Zulaikha.

Soal Izralizam, adakah Siti Bainun tidak boleh menunggu sehingga sehingga jam 9.30 pagi?

Advertisement. Scroll to continue reading.
 “Jadi dia tak boleh tunggu dulu sampai saya naik 9.30 pagi?”soalnya.

Selepas pada itu, Siti Bainun kemudiannya dilihat memasuki mahkamah dan hakim segera memintanya berada di dalam kandang tertuduh.

Izralizam: OKT (Siti Bainun) pergi mana tadi. Kenapa masuk lambat?

Siti Bainun: Saya tak dengar tadi, saya dekat luar ada call (panggilan).

Izralizam: Make sure (pastikan) 9.30 pagi kena ada dalam ini (mahkamah). Kalau TPR (timbalan pendakwa raya) boleh ada, kenapa awak tak ada. Selepas ini 9.30 pagi kena hadir, saya tak nak mengganggu perjalanan kes lagi.

Disebabkan itu, prosiding kes bela diri Siti Bainun terpaksa ditangguhkan sebentar sementara menunggu kehadiran peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd