Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hak Sukarelawan GSF Dicabuli! Dipaksa Melutut, Tangan Bergari Lima Jam – ADALAH

Hak Sukarelawan GSF Dicabuli

Hak sukarelawan GSF dicabuli!

Kumpulan sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan Israel dipaksa melutut dengan tangan diikat menggunakan tali zip nilon (zip tie) selama sekurang-kurangnya lima jam selepas beberapa peserta melaungkan “Bebaskan Palestin.”

Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) mendedahkan, dalam tempoh 24 jam lalu, pihaknya berjaya bertemu 331 sukarelawan di Pelabuhan Ashdod. Kumpulan sukarelawan itu kini berdepan perbicaraan di hadapan pihak berkuasa imigresen Israel.

Bagaimanapun, beberapa peserta dipercayai melalui proses tanpa khidmat nasihat undang-undang kerana peguam ADALAH pada mulanya tidak dibenarkan mengakses mereka.

Hak peserta dicabuli secara sistematik sepanjang proses ini. Selain dinafikan akses kepada air, tandas dan ubat-ubatan, mereka juga dinafikan akses kepada peguam, yang melanggar hak asasi mereka kepada proses keadilan, perbicaraan yang adil dan wakil undang-undang,” kata ADALAH.

Semalam, ketika lokasi sukarelawan flotilla tidak diketahui, peguam dibiar menunggu kira-kira sembilan jam di luar Pelabuhan Ashdod dan tidak dimaklumkan apabila pihak imigresen Israel mula memproses dan menjalankan perbicaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia hanya diketahui selepas tahanan sendiri menghubungi mereka secara langsung.

Walaupun beberapa kali dihalang masuk oleh polis Israel, peguam ADALAH akhirnya berjaya memasuki pelabuhan dan memberikan khidmat nasihat kepada 331 peserta. Beberapa peserta melaporkan dikasari, diancam dan diganggu, termasuk dikejut secara kasar setiap kali cuba tidur.

Hak Sukarelawan GSF Dicabuli!

ADALAH memaklumkan, pihak berkuasa kemudian memindahkan peserta dari Ashdod ke Penjara Ketziot di Naqab dan memulakan perbicaraan tribunal tanpa memaklumkan pasukan peguam serta meneruskan proses itu sepenuhnya tanpa kehadiran peguam.

“ADALAH kini hadir dalam perbicaraan tribunal yang mana perintah tahanan sedang disemak semula.
“ADALAH sedang mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan setiap peserta dapat dikenal pasti, sementara meneruskan lawatan ke penjara, dan pada masa sama, menggesa supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan haram dan pemulangan barangan peribadi serta bekalan bantuan kemanusiaan mereka,” katanya.

Artikel lain:  Kedutaan Malaysia Di Jordan Bantu Tahanan GSF, Pastikan Dapat Perlindungan Adil

Sementara itu, ADALAH menyifatkan tindakan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, ke lokasi penahanan sukarelawan GSF semalam, jelas untuk menghina dan menakut-nakutkan sukarelawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka dirakam dan dieksploitasi dalam tindakan kawalan yang menjatuhkan maruah.

Paparan penghinaan ini berlaku serentak dengan kempen fitnah oleh pegawai Israel yang secara palsu melabelkan sukarelawa sebagai pengganas dalam usaha memperlekeh misi keamanan mereka dan menghalalkan taktik penindasan yang digunakan.

ADALAH menegaskan, keseluruhan proses ini tidak sah dari awal hingga akhir. Pintasan (oleh kapal Israel) itu sendiri melanggar undang-undang antarabangsa, begitu juga penculikan di perairan antarabangsa.

Usaha Israel mewajarkan tindakan ini melalui penguatkuasaan sekatan tidak boleh diterima kerana sekatan itu sendiri tidak sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia satu bentuk hukuman kolektif dan menjadi alat utama dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku, termasuk penggunaan kebuluran secara sengaja sebagai kaedah peperangan.

Sumber: BH Online (Zanariah Abd Mutalib)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Sosial

Demi mengejar ilmu dan segulung ijazah, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam bermotosikal dari Sepang, Selangor ke Perlis dengan hanya berbekalkan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) persoal tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd