Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guna Nikmat Kesihatan, Empat Rakyat Malaysia Mula Kayuhan Sejauh 12,000km Ke Mekah

Empat rakyat Malaysia termasuk pasangan suami isteri memulakan kayuhan menuju ke tanah suci, Mekah sejauh 12,000 kilometer di sini hari ini.

Perjalanan yang dijangka mengambil masa selama tujuh bulan itu bakal merentas tujuh negara termasuk Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum tiba di Arab Saudi.

Perjalanan merentas sempadan itu disertai empat individu yang mempunyai iltizam tinggi demi menunaikan rukun Islam kelima, tahun hadapan.

Menurut ketua Ekspedisi itu, Che Saad Nordin, 73 tahun, status warga emas yang dipegangnya bukan batu penghalang bagi mencapai hasrat berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Che Saad yang berasal dari Baling, Kedah akan disertai tiga lagi rakannya dalam ekspedisi berkenaan iaitu Abdul Halim Talha, 56, serta pasangan suami isteri,  Ahmad Mohd Isa, 35 dan Noradilah Mohd Shafie, 36.

Ini pengalaman kedua buat pasangan suami isteri itu yang pernah ke Mekah menaiki basikal pada 2016.

Ujar Che Saad, bagi berdepan pelbagai rintangan dan ujian beliau telah berlatih sejak dua tahun lalu, antara latihannya mengadakan ekspedisi mengelilingi Semenanjung sempena sambutan Merdeka.

Bekas wartawan itu menjelaskan misi berkenaan telah dirancang lama namun terpaksa ditangguhkan atas pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk pendemik covid-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mahu menggunakan nikmat kesihatan ini dengan berkayuh ke Tanah Suci bersama rakan-rakan. Saya pernah menunaikan haji sebanyak tiga kali dan umrah dua kali menggunakan kapal terbang. Perjalanan kali ini sudah tentu jauh berbeza apabila dapat bermusafir di negara orang di samping melihat negara orang” katanya.

Beliau ditemui ketika acara pelepasan peserta kayuhan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, di sini, hari ini.

Kayuhan bermula di FRIM sebelum melalui Kuala Selangor, Sabak Bernam, Tanjung Malim sehingga menuju ke utara tanah air.

Mereka menggunakan wang tabungan sendiri bagi merealisasikan misi berkenaan dan dijangka tiba di Arab Saudi  pada pertengahan Mei, tahun hadapan. – Buletin TV3

Artikel lain: Guna Nikmat Kesihatan, Empat Rakyat Malaysia Mula Kayuhan Sejauh 12,000 KM Ke Mekah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd