Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Johor Wartakan Fatwa Baharu, Jarak Bermusafir 2 Marhalah 81km -Mufti Johor

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor minggu lalu telah mewartakan fatwa 81 kilometer (km) jarak baharu bagi 2 marhalah sebagai syarat sah solat jamak dan qasar serta hukum fiqah lain.

Kadar musafir tunaikan ibadah solat jamak & qasar

Memetik laporan dari Berita Harian, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad memaklumkan yang fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor bertarikh 9 November lalu mengikut ketetapan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (Enakmen 16 Tahun 2003).

“Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa yang dinyatakan untuk disiarkan menurut Subseksyen 48 (6) enakmen itu.
“Adalah ditetapkan bahawa penentuan kadar 2 marhalah bagi musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsoh) adalah 81km,” katanya.

2 marhalah

Difahamkan, pada 25 April tahun lalu, jawatankuasa berkenaan telah membuat keputusan penetapan kadar dua marhalah adalah 81km setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut.

Ia selaras dengan keputusan yang dibuat mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 pada 16 hingga 17 Februari 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muzakarah berpendapat bahawa hukum penentuan kadar dua marhalah, kariah dan balad dari perspektif fiqah semasa adalah adalah 81km (taqribi) dengan persempadan dan penentuan kariah serta balad adalah mengikut empat pilihan.

2 marhalah

gambar sekadar hiasan

Pilihan pertama persempadanan dan peneruan kariah serta balad boleh mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras akta atau enakmen negeri.

Ia juga boleh mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atau peta disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pilihan keempat persempadanan dan penentuan kariah serta balad juga boleh mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertikal seperti kondominium, rumah pangsa dan seumpamanya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Artikel lain: Konsert Coldplay Perlu Dibatalkan, Hormat Sensitiviti Isu Palestin! – MUIS

Sumber: Berita Harian (Omar Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd