Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Sekatan! Graduan Perubatan Boleh Guna Gelaran Doktor, Tanda Kelayakan Akademik – MMC

Graduan Perubatan Boleh Guna Gelaran Doktor

Gelaran doktor (Dr) bukan hak eksklusif pengamal perubatan semata-mata, sebaliknya boleh digunakan secara sah oleh pelbagai profesion dan bidang akademik lain, kata Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau menjelaskan bahawa penggunaan gelaran Dr merangkumi graduan perubatan sebagai pengiktirafan kelayakan akademik, selain doktor pergigian, doktor veterinar serta pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai disiplin.

Graduan Perubatan Boleh Guna Gelaran Doktor

Bagaimanapun, tegas beliau, penggunaan gelaran tersebut tidak boleh disalah tafsir sebagai kebenaran untuk mengamal perubatan di Malaysia.

“Bagaimanapun, penggunaan gelaran tersebut tidak memberi hak kepada individu tersebut untuk mengamal sebagai seorang pengamal perubatan di Malaysia.
“Kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perubatan 1971 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya,” katanya.

Menurut Dr Mahathar, bagi graduan perubatan yang memperoleh kelayakan daripada program perubatan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, pertimbangan bagi tujuan pendaftaran untuk menjalankan amalan perubatan adalah tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia termasuk keperluan lulus peperiksaan berkaitan serta menjalani latihan siswazah di hospital latihan siswazah yang diiktiraf di Malaysia.

“Sebagai prinsip umum, semua individu yang ingin mengamal perubatan di Malaysia hendaklah berdaftar dengan MMC dan memegang sijil Perakuan Amalan Tahunan (PAT) sah sebelum menjalankan sebarang bentuk amalan perubatan,” jelas beliau.

Isu penggunaan gelaran Dr kembali menjadi polemik susulan pengumuman barisan baharu Kabinet oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, baru-baru ini, yang menyaksikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Semakan mendapati nama Taufiq tidak tersenarai dalam laman web MMC, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai kesahihan penggunaan gelaran doktor oleh menteri berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd