Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Genjatan Senjata Di Gaza Dilanjutkan Selama Dua Hari

Kumpulan Palestin dan pengantara Qatar mendedahkan genjatan senjata antara Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan dua hari lagi.

Menurut laporan Al Jazeera, keputusan itu telah dibuat empat jam sebelum jeda kemanusiaan tamat awal Selasa dibawah syarat dan terma yang ditetapkan.

“Qatar mengumumkan  persetujuan telah dicapai untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama dua hari tambahan di Semenanjung Gaza,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed al-Ansari.

Genjatan senjata dilanjutkan dua hari

Artikel lain: Genjatan Senjata Palestin-Israel Bermula Hari Ini, Tebusan Akan Dibebaskan

Dalam tempoh gencatan senjata awal, sejumlah 50 tawanan awam, semua wanita dan kanak-kanak, dijangka dibebaskan oleh Hamas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai pertukaran, 150 tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel akan dibebaskan dan lebih banyak bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza.

Seorang pegawai Hamas, Ghazi Hamad, berkata beliau berharap gencatan senjata itu dapat dilanjutkan lagi bagi membolehkan lebih banyak tebusan dapat dibebaskan.

“Ia berkemungkinana akan berlanjutan kerana telah tertulis dalam perjanjian, bahawa jika Hamas memberikan lebih banyak tebusan, akan ada lebih banyak hari gencatan senjata.
“Kami kini bersetuju untuk membebaskan lebih ramai tebusan dan melanjutkan perjanjian selama dua hari. Ini berita baik untuk rakyat kita, terutamanya penduduk Gaza,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ghazi berharap genjatan senjata dapat diteruskan bagi menamatkan konflik peperangan yang berlaku diantara Palestin-Israel.

“Saya harap kita dapat melanjutkannya sehingga kita mencapai penghujung perang ini. Kami mahu menamatkan perang. Kami berada dalam gencatan senjata sementara, tetapi kami cuba melanjutkannya. Terdapat banyak sokongan daripada Qatar, Mesir dan banyak kerajaan Barat untuk menamatkan malapetaka ini,” katanya lagi.

Sekadar info, pejuang Hamas merampas kira-kira 240 tebusan apabila mereka menyerbu dari Gaza ke selatan Israel pada 7 Oktober dan membunuh kira-kira 1,200 orang, menurut pegawai Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas serangan itu, Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti dan serangan darat di Gaza, membunuh hampir 15,000 orang, termasuk lebih 6,000 kanak-kanak, menurut pegawai Palestin.

Sumber: Al Jazeera

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan pekebun durian mendakwa kerajaan Pahang telah melanggar perintah Mahkamah Rayuan apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis. Kerajaan Pahang didakwa...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Sukan

Pemain bola sepak, Faisal Halim meraih tumpuan warganet kerana mengekalkan tradisi memberi duit raya kepada penyokongnya ketika perlawanan Selangor menentang Terengganu di Stadium MBPJ...

Lokal

Tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights terus menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen kerana muncul pelbagai spekulasi mengulas punca kejadian sebenar kemalangan itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd