Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Genjatan Senjata Palestin-Israel Bermula Hari Ini, Tebusan Akan Dibebaskan

Pengantar Qatar memaklumkan genjatan senjata selama empat hari antara Palestin-Israel akan bermula hari ini malah pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian.

Menurut laporan Buletin TV3, genjatan senjata yang telah difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berlaku semalam namun, terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab tertentu.

Genjatan senjata Palestin-Israel bermula

Artikel lain: Malaysia Harap Ada Gencatan Senjata Kekal Di Palestin – Fahmi Fadzil

“Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia) dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.

Difahamkan, 13 orang akan dibebaskan yang tergolong dalam kalangan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga yang sama sebagai langkah permulaan pertukaran tebusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini, katanya, sambil menambah senarai nama banduan telah diluluskan, tanpa menyatakan bilangannya.

Malah, tebusan akan dibebaskan dalam persekitaran yang selamat dengan bantuan dron bagi memantau keadaan.

Sebelum ini, Netanyahu bersetuju untuk membuat perjanjian tersebut selepas 50 tebusan wanita dan kanak-kanak yang ditahan sebagai tebusan di Gaza akan dibebaskan.

Sehingga kini, media melaporkan lebih 14,000 nyawa terkorban dimana kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak serangan bertubi-tubi dilakukan oleh zionis sejak 7 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd