Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam Sempena Kempen Hari Kebangsaan

Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-20, karya agung Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet yang penuh nostalgia kembali ditayangkan di pawagam GSC untuk masa terhad.

Memetik laporan Astro Gempak, filem Sepet mengisahkan tentang dua remaja Malaysia yang berbeza bahasa, budaya, bangsa dan agama namun berkongsi perasaan cinta antara satu sama lain.

Watak utama remaja lelaki adalah dari etnik Cina berketurunan Tiong Hua bersama Ah Loong atau Jason (Ng Choo Seong), sementara itu remaja perempuan pula dari etnik Melayu bernama Orked (Sharifah Amani).

Sepet kembali ditayangkan di pawagam GSC

Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam

Kedua-dua remaja ini baru sahaja selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan masing-masing sedang menunggu keputusan peperiksaan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara menunggu keputusan itu, kedua-dua watak itu kemudiannya ditemukan dan akhirnya telah jatuh cinta antara satu sama lain.

Artikel lain: PROTON e.MAS 7 Bakal Buat Penampilan Awam Pertama 31 Ogos Ini

FIlem drama romantik ini akan ditayangkan secara eksklusif dari 29 Ogos hingga 18 September di lokasi GSC terpilih termasuk GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC Paradigm JB dan GSC CityOne Kuching dengan harga tiket serendah RM15 per tiket.

Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam

Siaran semula ini adalah sebahagian daripada kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia GSC yang meraikan warisan Malaysia melalui beberapa siri filem buatan tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, filem Sepet pernah merangkul enam anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-18 pada 2005 iaitu Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Harapan Wanita dan Poster Terbaik (Wanda, 2005).

Selain itu, Sepet turut merangkul anugerah Filem Asia Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-18 juga berlaku pada tahun 2005 (TIFF18).

Sumber: Astro Gempak (Khairil Khusyairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd