Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PROTON e.MAS 7 Bakal Buat Penampilan Awam Pertama 31 Ogos Ini

Model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama tempatan, PROTON e.MAS 7 bakal membuat penampilan awam yang pertama semasa perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Memetik laporan Berita Harian, model kenderaan EV itu dipratonton kepada media pada 2 Ogos lalu, menjelang pelancarannya yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Model ini bakal muncul dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang sebagai sebahagian daripada kontinjen 25 kereta yang menampilkan pelbagai model Proton.

Barisan 25 kereta syarikat itu akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025 yang baru dilancarkan dua minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penampilan awam pertama PROTON e.MAS 7 31 Ogos ini

Penampilan Awam Pertama PROTON e.MAS 7

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama PROTON namun ia juga merupakan model Proton pertama yang dibangunkan secara serentak dengan pasukan di Geely.

Katanya, ini membolehkan masa pengeluaran yang lebih singkat untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan juga menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi serta perkongsian kos pembangunan.

Chunrong berkata lagi, bukti kejayaan akhir usaha ini adalah penerimaan pembeli di Malaysia dan pasaran eksport PROTON.

Penampilan Awam Pertama PROTON e.MAS 7

Bagi memastikan hasil yang positif, setiap langkah dalam pembangunan, pemasaran, jualan serta perkhidmatan selepas jualan bagi model ini telah diberi perhatian penuh oleh PROTON.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pemandu Jengkaut Maut Ditetak Dipercayai Akibat Perselisihan Faham

“Sambil meraikan masa lalu kami, PROTON juga prihatin untuk melihat ke masa hadapan industri automotif.
“Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menyertakan PROTON e.MAS 7 dalam barisan perarakan walaupun ia belum dilancarkan, untuk membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat.
“Oleh kerana model ini bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran, tetapi dalam semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia,” katanya.

Penampilan Awam Pertama PROTON e.MAS 7

Selain penampilannya di perarakan, aktiviti pengujian dan penyesuaian iklim untuk PROTON e.MAS 7 telah semakin giat dijalankan selepas kemunculan sulungnya kepada media.

Kereta ujian yang disamarkan sering kali dilihat oleh orang ramai kerana program pengujian ketahanan, pengecasan, pemanduan, dan perisian terus dijalankan untuk memastikan EV nasional pertama Malaysia memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan masa depannya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd