Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Gantung KAFA, Kongres Dan Pemilihan Tidak Sah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan penggantungan keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebagai Ahli Gabungan FAM berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.

KAFA

Foto: Kelantan United Football Club

Menerusi satu kenyataan di laman X, Football Association of Malaysia (FAM) menyatakan keputusan ini telah dipersetujui secara majoriti oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM melalui keputusan bertulis.

Penggantungan tersebut dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM yang memberi kuasa kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk menggantung keahlian mana-mana ahli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan ini adalah susulan daripada surat FAM bertarikh 21 Disember 2024 kepada KAFA berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM mengenai aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028.

Artikel lain: Pau Vicente Persoal Tindakan FAM Umum Jurulatih Baharu Ketika Kempen Piala AFF

Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM, yang ditubuhkan atas arahan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, telah mengadakan mesyuarat pada Khamis lalu.

Dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa berkenaan telah memutuskan bahawa Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA Bagi Sesi 2024-2028 adalah tidak sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan ini dibuat berikutan terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan, selain prosedur dan tatacara pengendalian Kongres KAFA yang tidak dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur yang betul.

Susulan penggantungan ini, FAM telah mengeluarkan arahan kepada KAFA untuk mengadakan semula kongres dan pemilihan tersebut secepat mungkin.

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd