Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Enam Pensyarah UniMAP Tersenarai Antara Saintis Terbaik Dunia

Enam pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disenaraikan antara dua peratus Saintis Terbaik Dunia oleh Universiti Stanford dari Amerika Syarikat.

Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pensyarah itu ialah Prof Dr Subash Chandra Bose Gopinath, Prof Teknologis Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof Teknologis Dr Uda Hashim, Prof Madya Ir Teknologis Dr Azwan Iskandar Azmi, Prof Madya Dr Liew Yun Ming dan Prof Madya Dr Voon Chun Hong.

Pensyarah UniMAP saintis terbaik dunia

Artikel lain: Lebih 600 Pelajar Palestin Dikecualikan Bayar Yuran Universiti – KPT

Kenyataan itu memaklumkan titah perutusan Raja Muda Perlis itu dipaparkan pada skrin gergasi bersempena dengan sidang keenam Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra di Arau, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pengiktirafan itu membuktikan kecemerlangan UniMAP dalam penyelidikan saintifik yang bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti, tetapi juga kepada negara.

“Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi setanding dengan universiti terbaik di dunia,” titah baginda.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd