Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kecewa Tak Diterima Masuk UM, Edward Wong Kini Berdamai Dengan Takdir

Edward Wong Kini Berdamai Dengan Takdir

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan di Universiti Malaya.

Dalam perkembangan terkini, Edward akhirnya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), sekaligus menamatkan spekulasi dan perhatian ramai mengenai hala tuju akademiknya.

Menerusi hantaran dimuat naik,, dilihat Edward sedang mengikuti Program Siswa Lestari (PSL) yang diwajibkan bagi setiap pelajar baharu memasuki USM bersama para penuntut lain.

“Hari Pertama Program Siswa Lestari bersama pelajar baharu dan Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL),”tulis hantaran media sosial Desasiswa Restu di TikTok.

Artikel lain: UM Tegaskan Kenyataan UMANY Isu Matrikulasi Tidak Wakili Pendirian Universiti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Edward Wong Kini Berdamai Dengan Takdir

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan tidak menyangka Edward memilih untuk ‘berdamai’ dengan takdir pilihan kelima iaitu melanjutkan pengajian di USM.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar cemerlang STPM, Edward Wong meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan kemasukan ke universiti awam idamannya dalam bidang perakaunan.

Hantaran tersebut telah menarik perhatian  Presiden MCA Wee Ka Siong dan berharap remaja berkenaan dapat melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan di UM, universiti yang sama tempat kakaknya baru sahaja tamat pengajian.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan menjelaskan Edward memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dengan merit keseluruhan 99.90 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun persaingan sengit menyebabkan kedudukannya berada di luar kapasiti pengambilan bagi program perakaunan.

Sumber: TikTok desasiswarestu

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd