Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Termasuk Warga Emas Maut Kemalangan Babit Tiga Kenderaan

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan yang berlaku di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Mat Dulang hari ini, meragut dua nyawa termasuk seorang warga emas.

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, mangsa yang terkorban adalah Azuwan Zainal Abidin, 35, dan Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah, 71 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11:05 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan awal mendapati pacuan empat roda dipandu Azuwan dari Pekan ke Kuantan terbabas lorong kanan dan menyebabkan kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta yang dikendalikan Raja Mustafa Shah yang sedang bergerak dari arah bertentangan.

Beliau berkata, bahagian belakang kereta warga emas itu kemudian dirempuh oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut berada di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan itu pemandu pacuan empat roda serta warga emas terbabit parah dan kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Pekan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Mohd Zaidi berkata, pemandu MPV berusia 25 tahun yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak polis menegaskan punca sebenar kemalangan masih dalam proses siasatan rapi. Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Fazli Ahmad)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd