Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dua Kanak-Kanak Maut Di Kemboja, Terkena Letupan Bom Pelancar Roket

Dua kanak-kanak maut di Kemboja dalam kes letupan bom pelancar roket di wilayah Siem Reap, barat laut, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Memetik laporan Xinhua, Ketua Pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja Heng Ratana berkata peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhing, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Dua kanak-kanak maut di Kemboja

Dua kanak-kanak maut di Kemboja

“Dua kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan maut dalam letupan sisa bahan letupan yang tidak meletup itu,” katanya menerusi media sosial.

Beliau turut memaklumkan kedua-dua mangsa berusia dua tahun dan seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi di hospital.

Dua kanak-kanak maut di Kemboja, terkena sisa bahan letupan

Menurut saksi yang merupakan bapa salah seorang daripada mangsa, kedua-dua kanak-kanak itu bermain dengan menggali tanah dan dipercayai telah mengenai bahan letupan berkenaan dengan objek lain, sekaligus mencetuskan letupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 7 Lelaki Dari Indonesia Ditahan Maritim Malaysia, Ceroboh Pelantar Minyak Di Perairan Terengganu

Sekadar info, Kemboja menjadi salah satu negara yang paling terjejas akibat periku api dan sisa letupan peperangan (ERW) dan dianggarkan sekitar 4 juta hingga 6 juta periuk api dan peluru lain ditinggalkan akibat tiga dekad peperangan dan konflik dalaman yang berakhir pada tahun 1998.

Laporan rasmi Kemboja menunjukkan bahawa dari tahun 1979 hingga 2024, letupan periuk api dan ERW telah meragut 19,834 nyawa dan mencederakan 45,252 orang di negara Asia Tenggara itu.

Sumber: Xinhua

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dalam usaha meredakan ketegangan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India mengadakan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian melibatkan isu yang timbul sejak...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd