Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

7 Lelaki Dari Indonesia Ditahan Maritim Malaysia, Ceroboh Pelantar Minyak Di Perairan Terengganu

7 lelaki dari Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri yang menceroboh sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni disyaki untuk mencuri di perairan Terengganu, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid berkata kesemua suspek berusia 25 hingga 45 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di ruang ventilasi pelantar minyak berkenaan.

7 lelaki dari Indonesia ditahan Maritim Malaysia

7 lelaki dari Indonesia ditahan

Foto: Harian Metro

Katanya, Pusat Operasi Maritim Terengganu (PUSOP) sebelum ini telah menerima maklumat daripada sebuah syarikat cari gali minyak berhubung kejadian pencerobohan di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni pada kedudukan 77 batu nautika timur Kuala Terengganu kira-kira jam 1.30 tengahari kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau berkata kru operasi pelantar mengesan serta menemui tanda-tanda pelantar dicerobohi dan nampak kelibat orang sedang bersembunyi di bilik jana kuasa, ketika melaksanakan pemeriksaan rutin.

“Bertindak atas aduan, Kapal Maritim (KM) Rawa yang sedang dalam penugasan Op IMAN, diatur gerak ke lokasi sebelum tiba pada jam 9 malam.
“Kita berdepan sedikit kesukaran untuk menaiki pelantar berkenaan kerana keadaan yang gelap serta laut bergelora. Pasukan menaiki pelantar terbabit kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan menemui kesan-kesan kabel yang dipotong, bateri dilonggokkan, bekas-bekas makanan serta peralatan digunakan seperti pemotong kabel, set spanar dan tali,” katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Terengganu, di sini, hari ini.

7 lelaki dari Indonesia ditahan ceroboh pelantar minyak di  perairan Terengganu

Foto: Sinar Harian

Tambahnya, soal siasat awal mendapati kesemua suspek dipercayai dihantar ke pelantar itu menggunakan sebuah bot yang kemudian melarikan diri sebaik saja melihat kehadiran kapal membawa kru operasi pelantar.

Artikel lain: Lima Tahun Pemergian, BCL Akui Sakit Kehilangan Ashraf Sinclair Masih Terasa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa semua suspek terbabit dipercayai sudah dua hari berada di atas pelantar minyak itu untuk mencuri.

“Hasil siasatan mendapati mereka mengambil barang-barang penting seperti panel solar, bateri, kabel-kabel berkualiti dan barang-barang lain yang boleh dijual untuk mendapatkan duit.
“Yang membimbangkan kita ialah tindakan itu boleh menyebabkan operasi pelantar minyak terhenti sekiranya mereka mencuri barang-barang penting sehingga boleh mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit, selain membahayakan nyawa mereka sendiri.
“Dengan penahanan suspek, kita percaya dapat menyelesaikan empat laporan kecurian di pelantar minyak yang tidak berpenghuni di sekitar perairan Terengganu sejak Januari lalu,” ujarnya.

7 lelaki dari Indonesia ditahan, dua hari di atas pelantar minyak tidak berpenghuni

Foto: Bernama

Kata Mohd Khairulanuar, nilai rampasan masih dalam siasatan dan pasukannya tidak menolak kemungkinan ada pihak lain menjadi dalang yang menyasarkan pelantar minyak tidak berpenghuni.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengiktu Sekysen 378 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zatul Iffah Zolkiply)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd