Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Dalang Sindiket Dadah Langkawi, Anggota Polis ‘Mr A’ Ditukar Serta-Merta

Polis Kedah mengesahkan seorang anggota polis yang dikenali sebagai ‘Mr A’ yang dipercayai terlibat sebagai dalang rangkaian pengedaran dadah di sekitar Kedah, termasuk Langkawi, telah ditukar serta-merta atas kepentingan awam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Adzli Abu Shah berkata, tindakan pertukaran itu bukan bertujuan melindungi individu terbabit, sebaliknya sebahagian daripada proses siasatan yang masih dijalankan secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, siasatan dan tindakan tegas akan tetap diteruskan tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam aktiviti penagihan mahupun pengedaran dadah.

“Kita akan ambil tindakan walaupun pegawai dan anggota dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri,” katanya, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengesahkan tindakan telah diambil terhadap seorang individu dikenali sebagai ‘Bagok’ berusia 47 tahun yang dikaitkan dengan penularan isu rangkaian dadah di Langkawi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, lelaki itu telah ditahan sebanyak dua kali tahun ini, termasuk tangkapan terbaharu pada 16 Mei lalu selepas ujian air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel lain: 5 Rakyat Malaysia Dicekup Dalam Operasi Khas Polis Thailand, 440kg Bahan Terlarang Dirampas

Katanya, siasatan awal mendapati individu berkenaan berasal dari Kampung Kelibung, Langkawi dan dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian yang dikaitkan dengan istilah ‘Pablo Escobar 2.0’ yang tular sebelum ini.

Adzli dalam masa sama mendedahkan seramai 54 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia di Kedah telah ditahan kerana terbabit dalam penagihan dadah sejak 2023 hingga April tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daripada jumlah itu, 38 individu telah didakwa di mahkamah dan digantung tugas, manakala selebihnya masih dalam tindakan lanjut pihak berkuasa.

Tambahnya lagi, tahun lalu seorang anggota polis turut dikenakan tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd