Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dikenali Bapa Kedai Serbaneka Jepun, Pengasas 7-Eleven Toshifumi Suzuki Meninggal Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu pada usia 93 tahun.

Syarikat induk Seven & i Holdings memaklumkan mengenai pemergian tokoh korporat yang turut digelar “Bapa Kedai Serbaneka Jepun” itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Dilahirkan di Nagano pada 1932, Suzuki memulakan kerjaya dalam bidang perniagaan menerusi syarikat pemborong buku sebelum menyertai peruncit Ito-Yokado pada tahun 1963.

Nama beliau mula mencuri perhatian dunia korporat apabila menjalinkan kerjasama bersama Southland Corp dari Amerika Syarikat untuk menubuhkan Seven-Eleven Japan pada 1973 meskipun cadangan tersebut pada awalnya menerima keraguan pelbagai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cawangan pertama Seven-Eleven di Jepun kemudian dibuka di Tokyo pada tahun berikutnya sekali gus mengubah landskap industri peruncitan negara itu.

Di bawah kepimpinan Suzuki, Seven-Eleven Japan berkembang pesat menerusi penggunaan analisis data bagi pengurusan inventori mengikut permintaan pelanggan selain memperkenalkan model perniagaan berasaskan makanan sedia dimakan serta pusingan stok yang pantas.

Beliau turut memainkan peranan penting dalam penstrukturan semula Southland Corp pada awal 1990-an selepas syarikat itu diisytiharkan muflis.

Pada 2005, Suzuki menubuhkan Seven & i Holdings sebelum memimpin syarikat tersebut berkembang menjadi antara konglomerat peruncitan terbesar dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suzuki bagaimanapun meletak jawatan sebagai pengerusi pada 2016 susulan perbezaan pandangan dalam pengurusan, namun kekal dikenang sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam sejarah industri runcit Jepun.

Sumber: Reuters

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 yang bermula esok hingga 24 Mei di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd