Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Terima Rasuah Bulanan Lindungi Pekerja Asing, Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi seorang pekerja asing yang tidak memiliki dokumen sah antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Nazrul Md Yasin, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Nazrul yang merupakan Pegawai Imigresen Negeri Melaka didakwa menerima wang suapan daripada Muhammad Omar, 69, bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil terhadap anaknya, Nurul Alya Muhammad, 23, yang didakwa melindungi seorang pekerja warga Indonesia tanpa dokumen pengenalan diri.

Bagi lima pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM300 setiap bulan di sebuah restoran di Merlimau, Jasin bagi tempoh 1 hingga 31 Januari, 1 hingga 15 Februari, 16 hingga 28 Februari, 1 hingga 31 Mac dan 1 hingga 31 Mei 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, bagi pertuduhan keenam dan ketujuh, Mohd Nazrul didakwa menerima RM300 pada 3 Jun 2025 dan RM150 pada 10 Julai 2025 yang dipindahkan secara dalam talian ke akaun ibunya.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Sharina Farhana Nor Sa’ari memaklumkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan merupakan kesalahan serius dan tidak boleh dijamin, namun tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Beliau mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, selain syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Nazrul yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar jumlah jaminan dikurangkan.

Dalam nada sebak, beliau memaklumkan telah ditahan kerja, merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga serta menanggung ibunya dan empat anak yang masih bersekolah.

“Saya hanya mampu menyediakan wang jaminan RM5,000 yang dipinjam,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos depan.

Sumber: BERNAMA
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd