Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Didakwa Ada Unsur Songsang, RTM Henti Siaran ‘Cleopatra in Space’

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), susulan menerima beberapa pandangan serta aduan daripada penonton.

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia, siri animasi itu telah disiarkan di TV2 pada 18 dan 19 April lalu, masing-masing pada jam 9 pagi sebelum tindakan penamatan siaran dibuat.

“Susulan daripada aduan yang diterima, RTM telah menghentikan sepenuhnya siaran siri animasi berkenaan dan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh,” katanya hari ini.

RTM dalam masa sama menegaskan komitmen mereka sebagai stesen penyiaran awam negara untuk terus menyediakan kandungan yang berkualiti, selamat serta mematuhi sensitiviti masyarakat, agama dan norma budaya tempatan.

“RTM komited menyediakan kandungan yang berkualiti, selamat serta mematuhi sensitiviti masyarakat, agama dan norma budaya tempatan,” jelas kenyataan itu lagi.

Sementara itu, RTM turut merakamkan penghargaan kepada penonton yang prihatin serta menyalurkan maklum balas membina demi penambahbaikan mutu siaran pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tiada Unsur Hubungan Sejenis! RTM Hentikan Siaran Animasi ‘Santiago of the Seas’

Untuk rekod, RTM turut menggantung siaran kartun Santiago of the Seas susulan aduan mengenai unsur LGBT secara tidak langsung dalam rancangan animasi tersebut.

Sumber: FB RTM – Radio Televisyen Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia memberikan pujian tinggi terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi, dengan menyifatkannya sebagai permata berharga...

Lokal

Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025, sekali gus mencapai sasaran sifar miskin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd