Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ribut Tropika Senyar: Masjid & Surau Bawah Seliaan JAKIM Diarah Buat Solat Hajat

Semua masjid dan surau Jumaat di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah melaksanakan solat hajat khas esok, selepas solat Jumaat.

Solat hajat mohon perlindungan

Menerusi kenyataan yang dikongsi media sosial, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyatakan solat hajat itu bertujuan memohon perlindungan Allah SWT agar negara dan rakyat dijauhkan daripada sebarang musibah termasuk banjir, ribut, kerosakan harta benda serta segala bentuk ujian yang menimpa masyarakat.

“Semoga ia menjadi medan kita bermunajat memohon agar dipermudah segala urusan pasukan keselamatan, agensi kerajaan serta sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa terlibat, jua kita berdoa agar masyarakat yang diuji dikurniakan kekuatan, kesabaran dan perlindungan yang berpanjangan.
“Semoga dengan ikhtiar doa dan munajat seluruh umat, Allah SWT mengangkat segala kesulitan, menurunkan rahmat serta mengurniakan kesejahteraan kepada negara tercinta, Malaysia,” katanya.

solat hajat

Solat hajat doa dijauhkan daripada bencana alam

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, turut menasihatkan penduduk di Selangor, Perak dan sebahagian Pahang agar berwaspada kerana Ribut Tropika Senyar dijangka melanda bermula seawal tengah malam ini hingga Sabtu.

Artikel lain: Gempa Bumi Segamat, Johor Arah Buat Doa Selamat, Solat Hajat

Ribut berkenaan juga dijangka memberi kesan kepada Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr Naim

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd