Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gempa Bumi Segamat, Johor Arah Buat Doa Selamat, Solat Hajat

Kerajaan Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengarahkan satu doa selamat dan solat hajat dibuat di masjid serta surau di seluruh negeri berhubung satu gegaran gempa bumi di Segamat, pagi tadi.

Anjur buat doa selamat

Johor anjur doa selamat

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan, majlis itu dibuat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan buat rakyat negeri itu susulan dua kejadian gempa bumi tersebut.

“Berikutan gempa kecil di Daerah Segamat, saya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor agar menyarankan penganjuran doa selamat dan solat hajat di masjid dan surau bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat dan negeri.
“Semoga ALLAH memelihara keselamatan kita semua,” tulis Fared di Facebook pada Ahad.

Artikel lain: IWK Bekal 12 Juta Liter Sehari Air Kumbahan Terawat Untuk Pusat Data Di Johor – PETRA

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gegaran itu merupakan gempa bumi pertama direkodkan pada jam 6.13 pagi dengan kekuatan 4.1 magnitud, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Segamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala gegaran kedua berlaku pada jam 9 pagi di koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur dengan magnitud 2.8, berjarak 28 kilometer (km) barat laut Kluang pada kedalaman 10 km.

Sumber: Facebook Mohd Fared Mohd Khalid

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd