Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Dialog Melayu Dalam K-Drama Taxi Driver 3, Aktor Asal Semenyih Tekad Harumkan Malaysia

Dialog Melayu Dalam K-Drama Taxi Driver 3

Peminat drama Korea dikejutkan dengan kemunculan dialog dalam bahasa Melayu menerusi siri popular Taxi Driver musim ke-3, khususnya dalam episod keempat yang kini tular di media sosial.

Lebih menarik, dialog tersebut dituturkan oleh seorang pelakon kelahiran Malaysia yang ketika ini sedang membina kerjaya lakonan secara profesional di Korea Selatan.

Dialog Melayu Dalam K-Drama Taxi Driver 3

Dalam babak yang berlangsung di sebuah bengkel kereta, penonton kedengaran dialog dalam bahasa Melayu yang mencuri perhatian ramai iaitu “Woi, woi b*****. Woi phone aku b****. S*** kau nak pergi mana”.

Dialog itu muncul dalam adegan bersama pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Je hoon dan mengundang perbincangan hangat dalam kalangan peminat Malaysia yang teruja apabila bahasa tempatan diselitkan dalam produksi antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Identiti pelakon tersebut kemudiannya didedahkan oleh pengguna Threads, @hhighqal yang mengesahkan dirinya merupakan aktor terlibat dalam produksi berkenaan.

“Terima kasih kepada kalian kerana menyokong saya.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk bekerja lebih keras dan membuat Malaysia terkenal dalam bidang drama Korea,” tulisnya menerusi platform tersebut.

Dalam perkongsian lanjut, pelakon berkenaan yang dikenali sebagai Haikal menjelaskan bahawa beliau berasal dari Semenyih, Selangor dan telah menetap di Korea Selatan sejak tujuh tahun lalu.

“Hi assalamualaikum semua. Saya berasal dari Semenyih, Malaysia dan dah duduk di Korea selama tujuh tahun.
“Saya dulu belajar di Konkuk University dalam bidang Perfileman dan Lakonan. Selepas tamat pengajian, saya memang terus sambung kerjaya sebagai pelakon di Korea Selatan,”jelasnya.

Beliau turut berkongsi beberapa pencapaian lain termasuk penampilan dalam drama A Shop For Killers musim pertama serta pembabitan dalam filem Korea bertajuk Hideaway yang ditayangkan pada 19 November lalu.

Artikel lain: Nak Ambil Teman Wanita Tapi Telefon Habis Bateri, Lelaki Berani Pinjam Charger Polis

Selain itu, Haikal memaklumkan beliau turut terlibat dalam beberapa pementasan teater dan filem bebas sebagai watak utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Inshaa Allah kalau ada rezeki, saya dan pengarah filem akan cuba menerbitkan filem kami di Festival Filem Malaysia pada tahun hadapan.
‘Dan ada satu lagi drama Netflix yang saya berlakon. Saya sangat looking forward, drama ini akan keluar tahun depan.
“Sekali lagi terima kasih sangat sangat for all the supports dan doa yang diberikan. Saya akan bekerja lebih keras untuk menjadi pelakon yang lebih baik dan membanggakan nama Malaysia,” katanya.

Kemunculan dialog bahasa Melayu dalam Taxi Driver musim ketiga bukan sahaja mencuri perhatian, malah memperlihatkan bahawa bakat Malaysia kini semakin diberi ruang dalam industri hiburan Korea Selatan.

Sumber: Threads hhighqal

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd