Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

DBKL Diarah Pantau Penjaja, Kembalikan Taman Tasik Titiwangsa Sebagai Pusat Riadah Keluarga

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah untuk memantau kesemua aktiviti perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa, menurut kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya telah menerima aduan dari penduduk berkenaan yang melahirkan kebimbangan dengan nasib perumahan mereka.

DBKL Taman Tasik Titiwangsa

Ini kerana ia kini dipenuhi dengan penjaja yang didakwa tidak mempunyai lesen perniagaan di sepanjang Jalan Kuantan, Jalan Temerloh dan Jalan Tembeling sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata, hasil bancian dilaksanakan DBKL mendapati, terdapat 108 penjaja statik, kendera saji (food truck), basikal, skuter dan tuk tuk di kawasan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada jumlah itu, seramai 39 penjaja mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh DBKL.
“Manakala, 69 daripadanya pula didapati tidak mempunyai lesen perniagaan,”katanya dalam kenyataan.

Dr Zaliha turut berkata, DBKL juga diminta untuk mengawal selia semula kawasan taman di Taman Tasik Titiwangsa dalam tempoh sebulan.

Ia bagi memastikan matlamat asal Taman Tasik Titiwangsa kembali sebagai pusat riadah keluarga.

Beliau juga komited untuk melihat semula dasar-dasar yang menyentuh isu-isu seperti berkenaan, termasuk keperluan meminda Undang-Undang Kecil (UUK) yang berkaitan.

Artikel lain: Jalan Silang, Jalan Petaling & Masjid India Diserbu DBKL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X DBKL2u

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd