Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tangani Masalah Tanah Terhad, DBKL Cadang Bina Sekolah Konsep Menegak

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL cadang bina sekolah konsep menegak yang mana akan menempatkan bangunan dua blok dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata syor itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad serta pertambahan penduduk di Kuala Lumpur.

DBKL cadang bina sekolah konsep menegak setinggi 17 tingkat

DBKL Cadang Bina Sekolah Konsep Menegak

Foto: Utusan

Katanya, cadangan berpandukan konsep yang diguna pakai beberapa negara maju itu akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan pelaksanaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kelas Kabin Dan Sekolah Dua Sesi Antara Langkah Tangani Isu Sekolah Padat – KPM

“Konsep ini digunakan secara meluas di Australia dan ia dibina secara konvensional, merangkumi padang serta blok bangunan dipadatkan menjadikan sekolah dua blok antara 10 hingga 17 tingkat.
“(Pembinaan sekolah konsep menegak) ini (dibuat) tanpa kita mengorbankan elemen penting dalam pelajaran, sukan dan rekreasi, selain ia memanfaatkan ruang atas bumbung,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai pembangunan kemudahan asas seperti dewan dan sekolah di sekitar Kuala Lumpur memandangkan keluasan tanah yang terhad.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Yusri Muzamir)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh. Buka kertas siasatan Menurut Ketua...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Nasional

Pempengaruh media sosial perlu mengisytiharkan semua pendapatan, termasuk barangan percuma, hadiah atau manfaat yang diterima bagi tujuan penilaian atau promosi produk (review). Ia selaras...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd