Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lukisan Menakjubkan! Anak Kelantan Hasilkan Potret Putera Mahkota Brunei, Dihiasi Emas & Batu Swarovski

Anak Kelantan Hasilkan Potret Putera Mahkota Brunei

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al‑Muhtadee Billah.

Darwisy, anak kelahiran Kampung Pulau Panjang, berkata peluang itu amat bermakna kerana dia berpeluang mempersembahkan sendiri lukisan berkenaan kepada Putera Mahkota di istana pada 17 Februari lalu sempena majlis ulang tahun keputeraan baginda.

“Pada awalnya saya menerima mesej melalui Instagram dalam November tahun lepas daripada wakil Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ingin menempah lukisan potret bertakhtakan emas dan batu Swarovski.

“Saya mula menghasilkan hampir 10 lakaran draf dan kertas kerja yang mengambil masa agak lama sebelum berjaya mendapat hasil yang benar-benar memuaskan serta diluluskan pihak istana,” katanya.

Anak Kelantan Hasilkan Potret Putera Mahkota Brunei

Darwisy berkata dia hanya mempunyai kira-kira 20 hari untuk menyiapkan potret tersebut walaupun kebiasaannya karya seumpama itu memerlukan lebih sebulan.

Medium yang digunakan ialah kain tenun Silubang Bangsi dengan cat akrilik, manakala sentuhan akhir dihiasi kira-kira 1,000 batu Swarovski hitam dan 20 kepingan emas wafer 999, setiap satunya bernilai sekitar RM180.

“Saya menyiapkan bahagian muka terlebih dahulu kerana itu bahagian paling rumit untuk mendapatkan lakaran yang benar-benar mirip.
“Pada tiga hari terakhir, saya hanya tidur kira-kira sejam sehari kerana bimbang lukisan tidak sempat disiapkan,” katanya lagi.

Menurutnya, kepingan emas dipotong kepada 52 bahagian kecil sebagai simbolik kepada usia Putera Mahkota.

Pada saat akhir, Muhammad Darwisy diberi kepercayaan mempersembahkan sendiri potret itu kepada Putera Mahkota di istana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perasaan ketika bertemu Putera Mahkota bercampur baur. Saya sangat gemuruh tetapi pada masa sama bersyukur kerana semuanya berjalan lancar,”kongsinya.

Artikel lain: Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Januari 2026, Kelantan Paling Rendah – DOSM

Darwisy berkata, Putera Mahkota turut bertanya mengenai proses penghasilan lukisan itu, dan dia tidak menyangka karyanya menambat hati baginda sehingga diarahkan dipindahkan ke pejabat Putera Mahkota di Jabatan Perdana Menteri, berbanding awalnya dirancang diletakkan di istana.

Pengalaman berharga itu turut dikongsi Muhammad Darwisy di akaun TikTok miliknya, wisyilukis, yang meraih lebih 1.6 juta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd