Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ramadan Genap 30 Hari! UAE Dijangka Sambut Aidilfitri Pada Jumaat, 20 Mac – SAASST

UAE Dijangka Sambut Aidilfitri

Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

UAE Dijangka Sambut Aidilfitri Pada Jumaat

Menurut SAASST, 20 Mac dijangka menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan bulan Ramadan akan genap 30 hari.

Pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan. Pada malam tersebut, bulan dilaporkan terbenam sebelum matahari di ufuk barat.

Justeru, Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri pada keesokan harinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Balai cerap itu turut memaklumkan kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah dijangka berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.

Menjelang waktu matahari terbenam pada hari sama, usia anak bulan hanya kira-kira 14 jam enam minit dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari serta berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat.

Anak bulan itu juga dijangka hanya bertahan sekitar 29 minit selepas matahari terbenam.

Keadaan ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkalian untuk berjaya masih rendah.

Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.

Artikel lain: 1 Syawal Jumaat? Jabatan Mufti Perak Nasihat Jangan Buat Spekulasi!

SAASST menegaskan ramalannya bahawa dengan izin Allah, Jumaat 20 Mac dijangka menandakan 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE serta kebanyakan negara Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd