Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pada Usia 102 Tahun, Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Di Malaysia

Hartawan perhotelan dan hartanah, Robert Kuok, sekali lagi dinobatkan sebagai individu paling kaya di Malaysia berdasarkan senarai bilionair dunia terbaharu oleh Forbes.

Robert Kuok paling kaya di Malaysia

Merujuk Free Malaysia Today yang memetik laporan daripada Forbes, tokoh berusia 102 tahun yang kini berpangkalan di Hong Kong itu berada di kedudukan ke-204 dunia dengan kekayaan bersih sebanyak AS$14.2 bilion (RM55.7 bilion), sekali gus menjadikannya rakyat Malaysia dengan kedudukan tertinggi dalam senarai tersebut.

Difahamkan, kekayaan Kuok meningkat daripada AS$12.1 bilion (RM47.5 bilion) tahun lalu walaupun kedudukan rankingnya menurun berbanding tangga ke-101 pada tahun sebelumnya.

Dalam senarai sama, seramai 14 lagi rakyat Malaysia turut tersenarai sebagai bilionair dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

robert kuok

Robert Kuok berada di ranking 101 dunia

Antara yang berada di belakang Kuok ialah Quek Leng Chan dari Hong Leong Group di tangga ke-486 dengan kekayaan AS$7.6 bilion (RM29.8 bilion).

Turut tersenarai ialah pengasas 99 Speed Mart Holdings Bhd, Lee Thiam Wah (tangga ke-595, AS$6.8 bilion atau RM26.7 bilion) serta Koon Poh Keong dari Press Metal Aluminium Holdings Bhd (tangga ke-645, AS$6.8 bilion atau RM26.7 bilion).

Nama lain dalam senarai termasuk Jeffrey Cheah daripada Sunway Bhd (tangga ke-749, AS$5.6 bilion atau RM21 bilion), Lee Yeow Chor (tangga ke-934, AS$4.6 bilion atau RM18 bilion) dan Lee Yeow Seng (tangga ke-1074, AS$4 bilion atau RM15.7 bilion) daripada IOI Corporation Berhad, serta Syed Mokhtar Albukhary di tangga ke-1,163 dengan kekayaan AS$3.7 bilion (RM14.5 bilion).

Secara keseluruhan, jumlah bilionair dalam senarai Forbes tahun ini meningkat sebanyak 400 orang berbanding 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, jumlah kekayaan keseluruhan turut mencatat rekod tertinggi iaitu AS$20.1 trilion (RM78.9 trilion), meningkat AS$4 trilion berbanding tahun lalu.

Artikel lain: Anak Robert Kuok Dilapor Jadi CEO Shangri-La, Terima Gaji RM 312,000 Sebulan

Tokoh teknologi terus mendominasi senarai berkenaan dengan Elon Musk berada di kedudukan pertama dengan kekayaan AS$839 bilion (RM3.32 trilion).

Beliau diikuti Larry Page dan Sergey Brin dari Google, selain Jeff Bezos daripada Amazon serta pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Lokal

Seorang ibu muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan selepas dipercayai mencampak...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd