Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Konflik Asia Barat: Penjawat Awam Filipina Kerja 4 Hari Seminggu, Jimat Penggunaan Bahan Api

Penjawat Awam Filipina Kerja 4 Hari Seminggu

Pengguna di Filipina mula beratur panjang di stesen-stesen minyak apabila penduduk bergegas mengisi tangki mereka menjelang lonjakan harga bahan api yang dijangka berlaku minggu ini.

Setiausaha Tenaga Filipina, Sharon Garin, berkata kenaikan harga itu berpunca daripada ketegangan di Asia Barat yang menjejaskan penghantaran minyak dan merosakkan kemudahan minyak serta gas di rantau itu.

“Harga bahan api tidak dikawal selia oleh Jabatan Tenaga. Apa yang boleh kami lakukan ialah memantau dan meminta mereka menjelaskan mengapa harga mereka begitu, tetapi kami tidak boleh mengenakan hukuman,” katanya dalam taklimat akhbar kepada jawatankuasa Kongres.

Penjawat Awam Filipina Kerja 4 Hari Seminggu

Garin menambah, pengguna akan terkesan dengan siri kenaikan harga berperingkat bermula esok.

Harga diesel yang digunakan oleh bas awam dan jipni meningkat antara 17 peso (RM1.13) hingga 24 peso (RM1.60) seliter, manakala petrol biasa naik antara 7 peso (RM0.47) hingga 13 peso (RM0.87) seliter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerosin mencatat kenaikan paling tinggi, antara 32 peso (RM2.14) hingga 38.50 peso (RM2.50) seliter.

Perkembangan ini berlaku ketika Presiden Ferdinand Marcos mengumumkan minggu kerja kakitangan awam dikurangkan kepada empat hari bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

Di Metro Manila, wartawan AFP melaporkan motosikal, teksi dan kereta persendirian beratur panjang di bawah cuaca panas terik.

Seorang pekerja stesen minyak, Enrico Guda, 31, berkata barisan bermula 24 jam yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Malaysia-Pakistan Gesa Hentikan Serangan di Asia Barat, Seru Gencatan Senjata Tanpa Syarat

Jumlah kenderaan yang dikendalikan stesen itu meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 1,000 unit sehari apabila pelanggan berusaha mengisi minyak sebelum harga meningkat lebih tinggi.

Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menyembunyikan stok bahan api ketika orang ramai bergegas membeli, bagi mengelakkan kekacauan dan kepanikan.

Sumber: Bangkok Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd