Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tamim Dahri Nafi Hina Simbol Suci Hindu, Dakwa Hanya Alih Besi Tajam – “Tak Terfikir Tu Lambang Agama”

Foto: Media sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, dia menjelaskan kejadian itu berlaku ketika bercuti di Pulau Langkawi dan mendakwa tidak menyedari besi yang dialihkannya mempunyai kaitan dengan lambang keagamaan.

Foto: Tangkap layar video tular

Menurutnya, dia ke pulau peranginan itu bagi melepaskan tekanan selepas menyiapkan hal berkaitan kerja selain mengambil peluang meneroka beberapa lokasi yang jarang dikunjungi orang ramai.

Tamim berkata, ketika memandu kereta sewa mengelilingi pulau, dia berhenti di sebuah kawasan berhampiran gua yang dipenuhi monyet liar sebelum ternampak sebatang besi konkrit yang dianggap berbahaya.

“Alkisah, aku ke Langkawi beberapa hari lepas. Saja nak berjalan release tension selepas kerja data di HBM. Niat asal nak explore tempat-tempat rare dekat sana.
“Aku sewa kereta dan pusing sekeliling pulau. Sampai satu tempat berdekatan gua-gua, aku berhenti untuk singgah. Kawasan tu penuh dengan monyet-monyet liar dan aku ambil kesempatan untuk beri makan,”
“Dalam masa yang sama, aku ternampak ada batang besi konkrit yang tajam. Tidak terfikir langsung itu adalah lambang keagamaan memandangkan ia hanya besi berkarat yang tajam.
“Itu juga bukan rumah anutan kerana tiada bangunan dan kawasan sekitar adalah lapang,” tulisnya pada Selasa.

Foto: Media sosial

Tamim turut mendakwa tindakannya mengalihkan besi tersebut adalah bagi mengelakkan ia mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

“Dan yang paling penting, perbuatan mengalihkan benda yang menyakiti di jalan adalah sedekah,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik gambar yang didakwa menunjukkan rupa sebenar trisula bagi menjelaskan bahawa objek yang dialihkannya berbeza daripada simbol keagamaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular video mendakwa dia memijak dengan membengkokkan trisula atau tombak bercabang tiga yang dikenali sebagai soolam, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut Hindu yang menganggap perbuatan itu sebagai penghinaan terhadap simbol suci agama mereka.

Sumber: Facebook Tamim Dahri

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd